Ulasan Filem: Judgementall Hai Kya (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Prakash Kovelamudi
Pelakon | Rajkummar Rao, Kangana Ranaut, Amyra Dastur

Orang gila berbahaya atau tidak? Adakah korang ni selalu judge yang orang yang mental ini semuanya berbahaya? Persoalan ini yang ingin dibawa dalam filem terbaru lakonan Rajkummar Rao dan Kangana Ranaut, Judgementall Hai Kya. FIlem ni memang sangat unik dan segar, dan semestinya gandingan pelakon yang cukup sempurna.

Secara ringkasnya, Judgementall Hai Kya mengisahkan tentang Bobby lakonan Kangana Ranaut yang mana mempunyai masalah mental. Dia bertemu dengan Keshav, seorang lelaki yang menyewa rumah sebelah. Ditakdirkan, pada satu hari, pasangan kepada Keshav ditemui mati. Bobby mula mengesyaki Kishav, tapi tiada bukti.

Perjalanan kisah ini kemudiannya bergerak kepada beberapa lama selepas kejadian kematian isteri Keshav. Bobby mendapati bahawa Keshav kini sudah menjadi suami kepada sepupunya sendiri yang berada di London. Kini, Bobby mahu membuktikan bahawa ada something yang ada rahsia yang harus dia bongkar!

Filem ni deals dengan elemen siikap orang gila. Kita dipersembahkan dengan dua ratak orang gila yang mempunyai background yang berbeza. Ada yang kejam, ada yang mahu berubah, dan ada yang mahu kekal. Tetapi, persoalan tunjang yang nak dibahaskan ialah kegilaan ini sesuatu yang berbahaya atau sebaliknya.

Judgementall Hai Kya berjaya untuk memberikan persembahan yang cukup baik. Ianya boleh dikatakan segar dan begitu baik untuk sebuah filem thriller yang mempunyai elemen dark comedy. FIlem ini yang tidak dipenuhi dengan lagu ini berjaya untuk membawa setiap babaknya dengan baik dan penuh dengan tanda tanya.

Lakonan Kangana Ranaut tidak dinafikan memang cukup cemerlang. Lakonannya memang rare dalam cinema Hindi tetapi cukup untuk menjauhkan kehebatannya dari skeptikal Bollywood. Watak Bobby cukup untuk menggambarkan seorang wanita yang jiwa kacau tetapi pada masa yang sama mahukan dunia tidak melihat dirinya sedemikian rupa.

Rajkummar Rao memang mantap. Watak yang memang ada twist yang tersendiri ini berjaya memenuhi selera penonton. Ada kalanya, watak Keshav ini dipenuhi dengan tanda tanya dan kadangkala penuh dengan misteri. Dan lakonan macho Rajkummar Rao berjaya untuk memberikan filem ni watak antagonis sempurna.

Elemen komedi filem ni sederhana. Tetapi, ianya cukup untuk sebuah filem berentak thriller. Aku cukup suka bahagian first half filem ni yang cukup rasa. A little bit draggy kat fasa dua, tetapi masih utuh untuk menyimpan semua soalan penonton untuk dijawab di ending filem.

Judgementall Hai Kya ialah sebuah lagi filem thriller era baru Bollywood yang berjaya memberikan rasa yang berbeza dalam filem Bollywood. Filem ini mungkin gagal untuk explore isu masalah mental dengan baik, tetapi idea tentang masalah mental itu berjaya dipersembahkan dengan cukup menarik secara ringkasnya.

Tak semua orang gila itu ganas, tetapi manusia sentiasa menilai yang orang gila itu berbahaya. Itu yang nak dikatakan dalam filem ni. Sebuah filem yang brilliant dalam persembahannya dan penuh dengan twist yang memang cukup enak untuk dilayan.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan