Ulasan Filem: A Fall From Grace (2020)


Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Tyler Perry
Pelakon | Crystal Fox, Phylicia Rashad, Bresha Webb

Ini ialah filem yang mana kalau aku cakap ianya dibikin dalam masa 5 hari untuk shooting, korang pasti tak percaya. Ya, 5 hari untuk shooting dan bergelut dengan pelakon dan skrip. Memang tak ada lagi rasanya filem yang mampu menghabiskan shooting sebanyak ini lalu keluar di Netflix. Justeru, adakah filem A Fall From Grace ni mampu untuk menghidangkan sajian menyelerakan?

Filem arahan Tyler Perry yang sebelum ini terkenal dengan filem komedi ini berbeza genre. Filem ni berentak thriller psiko yang mana buat pertamakalinya diarahkan oleh pengarah ini. Tyler Perry yang terkenal dengan filem komedi Madea ini memilih untuk shift genre dan membina sebuah kisah yang mencemaskan.

Cemas ke? Kalau nak ikutkan, A Fall From Grace ni takdelah cemas mana. Ianya bermula dengan perjalanan kisah yang agak lambat. Tapi, semakin kita ke pertengahan filem, babak romantik berjaya menghilangkan bosan sebelum filem ni bergerak ke arah thrillernya di pertengahan. Dan di akhirnya, ending yang cukup twisted, tapi kurang kukuh.

A Fall From Grace mengisahkan Jasmin Bryant, seorang peguam yang mana diarahkan untuk mengambil pengakuan seorang pesalah, Grace Waters. Grace Waters, seorang wanita yang baik dituduh membunuh suaminya, Shannon pada satu malam. Tugas Jasmin pada asalnya ringkas. Ambil pengakuan bunuh, settle. Tapi, Grace sedar, ada something fishy tentang kes ni yang membuatkan Jasmine mahu siasat kes ni lebih dalam.

First half filem ni boleh dikatakan bercorak romantik drama. Kita dipersembahkan dengan perjalanan kisah Grace yang mana berkahwin dengan familinya. Penceritaan melalui flashback ini nampak baik dan menarik. Adegan romantik dan juga drama berjaya dibina dengan sweet swet gitu. Sampailah ke pertengahan, filem ni shift kepada genre thriller.

Tyler Perry mungkin baik dalam menghasilkan babak berentak drama. Tetapi, apabila sampai kepada genre thriller, filem ni nampak goyah. Kelihatan seperti Tyler Perry cuba untuk menyembunyikan twistnya dengan membina fake twist sebelum berakhir filem. Dan real twist pula tak sampai beberapa minit nak habis filem.

Twist macam ni kurang aku gemari sebab nampak seperti terlalu terhimpit dan sempit. Dalam panjangnya filem ni yang hampir 2 jam, hanya 10 minit last juga diberikan untuk twist. Hal ini sekaligus menjadikan ending filem ni penuh tandatanya dan agak longgar. Terlalu banyak tanda tanya terhadap apa yang berlaku di akhir filem.

Sebab filem ni dibikin dalam hanya 5 hari, kerja kamera filem ni memang agak minimal dan biasa. Malah, adegan yang kejam nampak sederhana dan kurang umph. Terlalu banyak juga continuity error yang mencacatkan filem. Tetapi, sama ada ianya disengajakan atau tidak, semestinya error sebegini agak kurang digemari untuk berada dalam sebuah filem berentak thriller.

Namun begitu, lakonan Bresha Webb, Chrystal Fox dan juga Tyler Perry sendiri cukup biasa dan sederhana tetapi cukup untuk sebuah filem thriller ringkas sebegini. Agak menarik juga apabila filem ni menyajikan hampir kesemua pelakon kulit hitam. Ianya memang menarik untuk disaksikan.

Pada aku, filem ni ialah filem thriller biasa. Ada beberapa bahagian yang memang nampak buruk sebab 5 days shooting, tapi untuk pengarah yang tak pernah arah filem thriller, Tyler Perry berjaya memberikan idea paling simple untuk filem sebegini. Ianya sebuah thriller yang ringan dan santai. Cuma bila dah layan twist tu, abaikan dan tak payah fikir panjang lagi.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan