Ulasan Filem: Dabangg 3 (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Prabudeva
Pelakon | Salman Khan, Sudeep, Sonakshi Sinha

Selepas 7 tahun berlalu, akhirnya Salman Khan kembali melakonkan watak sebagai Chulbul Pandey, watak polis ikonik yang suka letak cermin mata kat belakang leher. Dabangg yang bermula dengan filem pertamanya pada tahun 2010 diikuti dengan sekuel keduanya pada tahun 2012. Namun, walaupun sekuel ketiga ni jauh dari dua filem asal, auranya masih lagi dirasa.

Kali ini, Dabangg 3 bukanlah sekadar sekuel. Menggunakan konsep filem masala biasa yang mana mempunyai flashback panjang, filem ni juga bertindak sebagai prekuel. Ya, ianya sebuah filem yang mana sekaligus melengkapkan kisah perjalanan Chulbul Pandey. Tapi, sayangnya, tidak ada penjelasan sampai sudah kenapa Chulbul Pandey mempunyai kuasa sehebat Captain America!

Ah, lupakanlah pasal tu. Inikan filem masala aksi. Apa korang boleh expect, filem ni ada aksi yang memang cukup hebat. Si jahat ditumbuk berguling-guling. Melayang sana sini apabila dibaling. Semuanya rencah filem aksi masala biasa, tetapi dengan upgrade hasil perubahan teknologi di India sendiri.

Ya, Dabangg 3 memang banyak diupgrade dari aspek visual. Kalau nak dibandingkan dengan dua filem terdahulu, filem ni memang meriah dengan slow motion dan juga babak yang cukup memukau. Kerja kamera dan editing berpadu menghasilkan filem yang meriah dengan warna dan juga rasa masala yang hebat untuk generasi baru.

Dabangg 3 mengisahkan pergolakan Chulbul Pandey dengan seorang penjenayah Bali Singh yang punya kisah silam yang membuatkan Chulbul Pandey menjadi apa yang kita lihat dalam dua filem lepas.

Disebabkan filem ni juga adalah prekuel dan sekuel pada masa yang sama, auranya berbeza daripada filem sebelumnya. Di separuh masa pertama, kita diperjelaskan dengan perjalanan Chulbul Pandey yang akhirnya menemukannya dengan Bali Singh. Dan di fasa dua, barulah dikisahkan bagaimana Chulbul Pandey cuba untuk memusnahkan rancangan jahat Bali Singh.

Filem ni nampak soft sikit dari segi aksi. Tak banyak babak aksi yang rancak macam filem terdahulu. Pengarah filem ni, Prabhudeva memberi penekanan pada emosi Chulbul Pandey yang boleh dikatakan memberikan rasa lain sedikit pada Dabangg 3. Sekaligus, filem ni menjadi lebih emotional berbanding dua filem terdahulu.

Ada sedikit masalah dari segi editing yang kadangkala rosak dek kesan khas yang caca merba. Babak pertarungan akhir Chulbul Pandey dan Bali Singh nampak merimaskan dengan editing yang kacau bilau dan merosakkan koreografi aksi. Terlalu semak, rushing dan juga merimaskan. Tapi, nak buat macam mana, benda dah ada macam tu.

Honestly, lagu dalam filem ni tak mampu nak beat dua filem pertama punya lagu. Tak ada lagu yang best, tetapi hanya sekadar cukup rasa untuk menyerikan filem.

Apapun, Dabangg 3 memang sebuah filem yang luar biasa dari Salman Khan. Apa yang tiada dalam Dabangg sebelumnya diisi dalam filem ni dengan kemas dan tersusun. Respek kerana filem ni berjaya menekankan babak emosi dengan begitu baik. Cuma, nak aksi yang lebih padat, dua filem sebelum ni lebih hebat.

Sebuah filem ikonik Salman Khan yang mesti tonton!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan