Ulasan Filem: Birds of Prey (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Cathy Yan
Pelakon | Margot Robbie, Mary Elizabeth Winstead, Ewan McGregor


Selepas pelbagai cabaran, akhirnya dapat juga kita menonton filem stand alone untuk watak Harley Quinn. Filem yang mana berkisah tentang perjalanan Harley Quinn selepas insiden dalam Suicide Squad ini boleh disifatkan fresh daripada gaya penceritaan dan cukup untuk memberi rasa lain kepada kisah-kisah watak dalam dunia DCEU.

Sebelum ini, kita sudah ada filem superhero yang dark seperti Man of Steel, kemudian, ada filem gabungan superhero yang caca marba seperti Justice League, ada kisah origin superhero era World War 2 seperti Wonder Woman, dan kini Bird of Prey menambah perisa dengan memberikan genre komedi dan aksi di dalam sebuah filem.

Kalau nak dibandingkan dengan filem superhero dari Marvel, Birds of Prey ni ibarat Deadpool versi DC. Filem ni banyak bermain dengan joke, dan memang tidak dinafikan bahawa Margot Robbie berjaya untuk menjadikan filem ni unik. Dia ibarat Deadpool versi DC yang cukup bijak untuk menjadikan filem ni brutal, ganas dan aada sense of joke.

Kisah Bird of Prey ni sedikit mendukacitakan apabila kisahnya tidaklah berkisar penuh kepada Birds of Prey, sebuah kumpulan yang mana Harley Quinn pernah join. Ianya lebih kepada kisah Harley Quinn sendiri yang cuba untuk move on semenjak dia berpisah dengan Joker. Sepanjang cerita, Harley Quinn diutamakan, dan Birds of Prey hanyalah dihujung cerita sahaja.

Jadi, ada kecelaruan sebenarnya di title filem ni. Mungkin filem ni harus diberikan tajuk dengan mendepankan nama Harley Quinn, sebab ini ialah filem miliknya. Panjang bebenar tajuknya, tapi tak menggambarkan isi filem. Ianya sedikit mengecewakan.

Bagi penggemar aksi, filem ni tidak banyak memaparkan aksi yang lasak. Tetapi, level aksi Harley Quinn ini lebih kepada aksi yang ringan dan santai, tetapi pada masa yang sama nampak brutal. Dengan kos pembikinan yang rendah daripada filem-filem DCEU yang lain, memang aksi filem Harley Quinn kadangkala nampak macam siri tv.

Dari segi penataan cahaya, kerja kamera, nampak macam siri tv Arrow dan Flash. Tapi, kelemahan dari aspek kerja kamera ini berjaya diselamatkan dengan lakonan Margot Robbie yang baik dan cukup memukau.

Aku juga agak kurang tertarik dengan watak Birds of Prey. Kemunculan diorang macam ada sesuatu yang longgar. Macam tak kena saja watak lakonan diorang. Seakan-akan tidak sebati dengan jiwa. Memang Birds of Prey punya kumpulan di hujung cerita tidak layak pun diberikan filem lain kerana jika Harley Quinn tak muncul, tak ada siapa pun nak tonton diorang.

Malah, watak villain lakonan Ewan McGregor seakan tenggelam timbul dan kurang menyengat. Ganas tu tak sampai level yang aku harapkan. Sayang sungguh, ianya sekaligus merosakkan filem ni yang sepatutnya lebih kejam dan lebih padu!

Gaya penceritaan filem ni memang unik. Kalau kau suka gaya Deadpool, maka kau akan suka filem ni. Gayanya tidaklah linear, penuh dengan pelbagai twist, tetapi masih ringan dan santai untuk dilayan. Enak dan cukup rasa walaupun ada satu dua babak seakan meleret dan tidak diperlukan. Tepi, disebabkan filem ni berpaksikan cerita dari mulut Harley Quinn, maka oklah. Harley Quinn kan suka merepek.

Basically, Bird of Prey ini ialah sebuah filem gabungan, ala-ala Suicide Squad yang cuba nak jadi lain macam. Ada aspek yang menjadi, tetapi ada aspek yang kurang. But in the end, aku melihat sama ada filem ni mampu hiburkan aku ke tak. Dan jawapannya ya. Ianya menghiburkan.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan