TRENDING

Ulasan Filem: Panipat - The Great Betrayal (2019)

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Bad Boys For Life (2020)


Tahun Terbit | 2020
Pengarah  | Adil dan Bilall
Pelakon | Martin Lawrence, Will Smith

Selepas kali terakhir muncul pada tahun 2003, Bad Boys akhirnya berjaya mendapat sekuel terbaru. Ini sekaligus menyaksikan Martin Lawrence dan Will Smith bergabung sekali lagi dalam gandingan duo yang cukup serasi. Kembalinya Martin Lawrence selepas hampir 10 tahun tanpa filem baru memberikan aura yang membuatkan Bad Boys For Life wajar ditonton.

Bad Boys For Life ialah filem ketiga dalam francais Bad Boys. Tapi, jangan risau, kalau korang budak millennia yang belum menonton filem pertama dan kedua, korang masih boleh hadam filem ni. Ianya dibina dengan cara yang mudah difahami dan tidak ada banyak connection kepada filem lepas kecuali beberapa watak ikonik yang muncul kembali.

Uniknya filem ni ialah kita tidak lagi melihat sebuah filem dengan acuan Bay. Beralihnya kerusi pengarah dari Michael Bay kepada pengarah Nigerian, Adil dan Bilall menyaksikan ruang untuk Bad Boys berkembang dengan cara yang baru dan segar. Seharusnya apa yang dua pengarah ini bawa harus dipuji.

Pengarah duo yang diberi peluang untuk membina naratif yang lebih segar, dan ianya menjadi. Filem ni ibarat sebuah filem Michael Bay yang mana ada improvement dari segi penceritaan. Semua orang tahu, Michael Bay memang kuat dalam menghasilkan babak aksi tetapi agak lemah dalam penceritaan. Di sinilah dua pengarah ini berjaya repair francais ni.

Mungkin bagi yang mengharapkan filem ni dipenuhi aksi padat, korang agak sedikit kecewa. Pada permulaan filem, filem ni lebih kepada establishment dua watak ini. Fasa pertama filem dipenuhi dengan komedi yang padu, tapi less action. Babak aksi filem ni banyak dihimpunkan di fasa kedua filem.

Adil dan Bilall berjaya membina aksi hebat seakan-akan kita menyaksikan Hobbs & Shaw serta francais Marvel. Aksinya memang gila dan melawan imaginasi sekali sekala. Tetapi, ianya cukup untuk menghiburkan untuk sebuah filem aksi. Memang setiap aksi yang dipaparkan memang panjang dan puas hati!

Aku juga cukup kagum dengan filem ni yang cuba untuk beri homage kepada filem terdahulu. Ada beberapa syot identiti filem lama dibikin semula. Pastinya, penonton dua filem terdahulu akan mengingati dua filem terdahulu walaupun aura Bad Boys For Life sangat berbeza dari dua filem sebelum ini.

Bad Boys For Life ialah sebuah filem yang berjaya survive saat filem 90an lain yang cuba dibikin semula tersungkur. Ambil contoh Men In Black International, Charlie’s Angels, semuanya gagal untuk survive bagi generasi baru.

Formula yang digunakan untuk membangunkan kisah Bad Boys For Life ternyata mampu untuk menarik penonton untuk terus terhibur. Dari generasi baru dan juga lama, Bad Boys For Life berjaya menghiburkan kesemua penonton dari segenap generasi. Ianya memang cukup baik untuk sebuah filem yang santai dan padat dengan aksi, oh, dan juga aksi ngeri.

Kalau korang nak layan filem yang ada aksi, komedi dan juga babak ganas, Bad Boys For Life ialah filem selayaknya untuk korang tonton. Ianya sebuah adunan yang cukup baik. Menghiburkan dan menyeronokkan. Ternyata, nampaknya ada pengarah yang dah tahu bagaimana untuk memperbaiki kelemahan Bay.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Ejen Ali The Movie (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

10 Ayat Pendiding Yang Digunakan Dalam Filem 'Munafik 2' [SEBARKAN]

Stephen Chow Sahkan 'Kung Fu Hustle 2' Kini Bakal Menjalani Pengggambaran

Syamsul Yusof Dedah Nasib Ustaz Adam Di Akhir Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Uncut Gems (2020)