Remake 'The Raid' Versi Hollywood Kini Sudah Ada Sinopsis Dan Tajuk


Hollywood nampaknya sudah mula nampak kehebatan idea filem Asia. Terbaru, filem aksi silat terbitan Indonesia, The Raid yang menjadi fenomena pada tahun 2011 bakal difilemkan dalam versi Hollywood. Dilaporkan bahawa Frank Grillo bakal menjadi tunjang utama filem berkenaan yang masih lagi dalam perancangan.


Filem yang bakal diarahkan oleh Joe Carnahan ini kini diberi tajuk Zeno, iaitu watak lakonan Frank Grillo. Pengarah filem Smokin Aces dan The Grey itu turut mendedahkan yang dia sedang mencari pelakon untuk watak jahat.
The version that I wrote, they don’t ever intend to actually go in [to the building]. They think that they’re gonna’ move this guy. So their whole operation is, ‘We’re gonna’ hit this guy in transit.’ It’s not until they realize, ‘Oh, they’re digging in, they’re not moving, we’ve got to now go in and get him,’ for those that know The Raid. It’s a very, very different script…It’s really, really, really about the brothers.
 Menurut Carnahan, filem The Raid versi Hollywood tidak akan berkisar tentang terperangkapnya anggota polis dalam bangunan. Sudah pasti ianya sesuatu yang cukup menarik untuk melihat bagaimana Hollywood mengadaptasi karya yang mengetengahkan silat.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan