Marvel Studios Rancang Bangkitkan Semula Watak Thanos Dalam Filem MCU

Thanos ialah salah satu sebab kenapa filem Avengers: Infinity War dan juga Endgame begitu mendapat ramai peminat dan mengutip banyak keuntungan. Namun, dalam fasa seterusnya, watak Thanos mungkin akan jadi sekadar kenangan selepas watak itu dimatikan di dalam babak akhir filem Avengers: Endgame.



Namun, sumber dari Wegotthiscovered mendedahkan bahawa pihak Marvel Studios cuba untuk membangkitkan watak itu semula. Berita angin ini mendedahkan bahawa berkemungkinan Marvel Studios akan meletakkan watak Thanos dalam babak flashback untuk filem The Eternals. Tetapi, ada juga menyatakan bahawa Marvel akan kembalikan watak itu dalam timeline sebenar.

Jika Thanos kembali dibangkitkan semula dengan pelbagai cara yang kita tak tahu, sebab dalam filem fiksyen semua boleh berlaku, maka memang tidak dinafikan ianya sesuatu yang cukup mengejutkan. Namun, semua ini sekadar berita khabar angin.

Mungkinkah selepas ini dalam Phase 4 Marvel Cinematic Universe, akan ada klu tentang kemunculan kembali Thanos? Semuanya boleh terjadi. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan