TRENDING

Ulasan Filem: The Old Guard (2020)

SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Will Smith Dan Martin Lawrence Bakal Kembali Dalam 'Bad Boys 4'


Filem Bad Boys ketiga yang baru sahaja ditayangkan di Amerika Syarikat nampaknya mendapat reaksi positif daripada pengktirik. Filem yang mana berkesinambungan daripada filem Bad Boys 2 yang mana diterbitkan pada 2003 itu nampaknya menguntungkan penerbitnya walaupun jarak filem ini dengan filem sebelumnya 17 tahun.


Kembalinya gabungan Martin Lawrence dan Will Smith ini cukup lama untuk direalisasikan. Banyak pertukaran pengarah dan penulis terjadi dan akhirnya filem ini diberikan kepada pengarah Adil El Arbi dan Billal Fallah yang berjaya memberikan roh kepada filem baru ini.

Sony Pictures dilaporkan tidak teragak-agak untuk memberikan filem ini filem sekuel seterusnya. The Hollywood Reporter melaporkan bahawa filem keempat Bad Boys kini sudah memasuki fasa perancangan oleh studio berkenaan. 

Namun begitu, maklumat berkenaan filem keempat Bad Boys ini masih lagi awal untuk dikorek. Will Smith dan Martin Lawrence dilaporkan akan kembali. Penulis lakonlayar filem Bad Boys For Life, Chris Bremmer dilaporkan akan kembali. Uniknya, filem keempat ini dilaporkan akan berlaku diantara filem kedua dan ketiga.

Bad Boys For Life di pawagam 23 Januari 2020. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Ulasan Filem: Bulbbul (2020)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: The Old Guard (2020)

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: Da 5 Bloods (2020)

Ulasan Filem: The Man Without Gravity (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]