TRENDING
SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK
- Get link
- Other Apps
Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Abhishek Sharma
Pelakon | Dulquer Salman, Sonam Kapoor, Sanjay Kapoor
Filem Bollywood memang tak lekang dengan kisah romantis. Dari dulu sehingga kini, kisah romantik menjadi tunjang utama kepada filem mereka. Tidak hairanlah, The Zoya Factor juga membawakan kisah yang sama, tetapi dengan treatment yang berbeza. Filem ini tidaklah hebat mana, tetapi rasanya peminat Bollywood boleh layan kot.
The Zoya Factor merupakan sebuah filem adaptasi daripada novel tahun 2008 dengan tajuk sama tulisan Anuja Chauhan. Filem ni mengisahkan bagaimana Zoya Solanki yang ditakdirkan menjadi ‘lucky charm’ kepada pasukan kriket India kerana takdirnya. Dan di dalam menjadi si tuah kepada pasukan, Zoya akhirnya terhimpit dalam cinta.
Tidak ada yang menarik sangat yang menyerlahkan kehebatan filem ni. Ianya sebuah filem yang cliché dari segala sudut dan mempunyai penceritaan yang agak sederhana. Kisah perjalanan Zoya memang cukup tidak menarik perhatian aku untuk memuji filem ni. Adalah satu dua kekuatan tetapi, kebosanan itu lebih banyak.
Sonam Kapoor nampaknya masih menampilkan lakonan yang biasa. Masih menjadi dirinya dan cukup lagi menarik. Tiada sesuatu babak yang menguji pelakon ini ke tahap yang lebih baik. Ini sekaligus menjadikan filem ni hanyalah makanan ruji biasa pelakon ini. Tiada cabaran, tiada keunikan, dan tiada tarikan.
Idea tentang lucky charm ni memang aku suka. Kisah tentang kepercayaan karut dalam kalangan ahli sukan ni bukanlah perkara mustahil pun. Ramai saja ahli sukan yang mempunyai kepercayaan karut mereka sendiri yang mana membuatkan mereka percaya tentang semangat kemenangan yang mereka akan peroleh.
Fasa pertama filem ni memang agak baik. Komedinya walaupun biasa-biasa, tetap cukup rempah dan sifat. Tetapi, fasa kedua filem ni kelihatan agak biasa dengan suntikan elemen cinta yang memang sudah boleh agak endingnya bagaimana.
Apa yang menarik perhatian aku untuk filem ni ialah penggunaan suara Shah Rukh Khan untuk suara latar. Walaupun unik, suara Shah Rukh Khan tidaklah membantu mana untuk menaikkan kehebatan filem ni. Mungkin Shah Rukh Khan muncul sebab nak tunjuk bahawa hakcipta filem ni pernah dibeli oleh Red Chillies Entertainment miliknya sebelum dilepaskan kepada penerbit filem ni selepas Shah Rukh Khan gagal terbitkan filem ni dulu.
The Zoya Factor ialah sebuah filem romantik yang gagal untuk blend elemen komedi, cinta dan lucky charm dengan baik. Namun, untuk sebuah filem Bollywood, filem ni masih boleh dilayan. Ada bahagian filem yang baik dan ada yang lemah dan membosankan.
Paduan kisah kriket, cinta dan juga drama filem ni sangat sederhana dan tidaklah luar biasa. Aku mengharapkan bahawa filem sebegini harus mempunyai kekuatan yang lebih hebat. Ya, visualnya tidak dinafikan cukup indah dan sinematik, tetapi apa gunanya visual yang indah tanpa kualiti dan cerita yang bermutu.
Mungkin bagi penggemar Bollywood, The Zoya Factor ialah sebuah filem yang korang boleh skip untuk layan di Netflix. Tapi, jika korang menggemari filem romantik dan juga lakonan Sonam Kapoor yang comel comel tu, apa salahnya layan kan?
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Menarik!
Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]
Misteri Dilaila merupakan sebuah lagi karya Syafiq Yusof yang cuba untuk mencari sisi baru dalam dunia perfileman filem tempatan. Melalui Misteri Dilaila, Syafiq Yusof sebenarnya bukan sahaja menampilkan nafas baru filem seram thriller, tetapi cuna untuk mengejutkan penonton dari tidur dengan gimik promosinya. Ketahuilah bahawa filem Misteri Dilaila mempunyai dua versi. Versi 1 dan Versi 2 mempunyai kekuatan yang berbeza. Sebelum bacaan diteruskan, ambil maklum bahawa huraian ini mempunyai SPOILER MAJOR! Tidak digalakkan untuk teruskan bacaan jika korang masih belum tonton. - - - - - - - - - Versi 1 - ringkasnya, Jefry ialah orang jahat. Versi 2 - ringkasnya, Azman ialah orang jahat. Admin hanya berkesempatan tonton versi 2! So, berikut ialah ulasan berkenaan Misteri Dilaila Versi 2! HURAIAN ENDING FILEM ‘MISTERI DILAILA’ VERSI 2 Di dalam versi 2, kita dapat tahu bahawa Sasqia Dahuri sebenarnya ialah perempuan
5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]
Kita sering mendengar bahawa filem luar seringkali diban kerana unsur-unsur melampau dari pelbagai aspek yang tidak dibolehkan di tayang di Malaysia. Namun, tahukah anda bahawa banyak juga filem Malaysia yang panas dan mempunyai adegan berahi yang ditayangkan di Malaysia? Jika berminat: KETAHUI CARA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG DAH KENA HACKED ATAU TAK! Mungkin adegan itu tidaklah sehebat Hollywood. Tetapi, ianya masih menggambarkan bahawa Malaysia juga mahu jadi seperti mereka. Kami sajikan 5 filem yang mempunyai adegan 'panas' yang korang mungkin tak tahu. 1. Spinning Gasing (2001) Filem arahan pengarah Teck Tan ini menampilkan pelakon berbakat Malaysia seperti Allahyarham Hani Mohsin, Ellie Suriati Omar, Rosyam Nor dan Jalaludin Hassan. Filem yang menelan belanja RM2.4 juta ini gagal menyerlah di Malaysia dan hanya memperoleh kutipan sebanyak RM484,450.04 sahaja. Versi asal filem ini diharamkan tayangannya di Malaysia. Namun, pengharaman it
Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'
Dalam babak akhir filem Munafik 2, kita dapat lihat Ustaz Adam membaca doa yang dikenali sebagai Doa Bismillah 9. Ramai yang terlepas pandang kerana ayat ini jarang diamalkan. Ayat Doa Bismillah 9 ini sebenarnya sudah dinyanyikan oleh Mawi dalam lagu Al-Haq bersama gandingan vokal AC Mizal. Mari kita lihat doa berikut: Cara mangamalkannya adalah seperti berikut: 1. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada Nabi Muhammad SAW. (1 kali) 2. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada seluruh Rasul dan Malaikat Allah (1 kali) 3. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada wali-wali Allah, ulama dan seluruh kaum muslimin (1 kali) 4. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (1 kali atau lebih) 5. Kemudian disambung dengan membaca Hizib Al-Hafiz seperti berikut: Fadhilat ayat ‘Bismillah 9’ ini amat besar sekiranya diamalkan setiap kali selepas solat, 1. Jika sesiapa beristiqamah mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ , InsyaAllah segala hajat akan ditunaikan oleh Allah SWT. 2. M
Ulasan Ringkas Setiap Episod Siri 'KL Gangster: Underworld' [SPOILER ALERT]
KL Gangster: Underworld kini sudah boleh ditonton di laman penstriman iFlix. Tak perlu bayar ok! Hanya perlud download aplikasi iFlix dan kemudian daftar dengan menggunakan Facebook anda, korang boleh terus layan siri enam episod ini dengan tenang. Pilihan sarikata Bahasa Melayu disediakan dan kualiti visual ialah dalam High Definition. Kami sudah menonton enam episod KL Gangster: Underworld. Boleh kami katakan yang kerancakan siri ini bermula pada episod 3 dan seterusnya. Pada kami, KL Gangster: Underworld membuka ruang baru untuk francais KL Gangster berkembang, kali ini dengan dunia baru, dan kisah baru. Berikut ialah ulasan kami secara ringkas. Ambil tahu bahawa post ini mengandungi SPOILER! EPISOD 1: Masa Yang Sesuai Episod pertama KL Gangster: Underworld ini mengisahkan bagaimana Shah (Beto Kushairy) dari Geng Kampung Baru, dan Elina (Ezzaty Abdullah), mak ayam Geng Cheras yang bercinta dalam rahsia. Walaupun mereka berahsia, Ayah Zan (Hasnul Rahmat)
5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]
Disebabkan artikel sebelum ini mendapat sambutan yang hangat, admin dengan ini dengan pantasnya membawakan kesinambungan kepada artikel yang memaparkan filem-filem Malaysia yang sememangnya berani mati sehingga mengabaikan aspek yang dianggap taboo oleh masyarakat Malaysia. Jika berminat: KETAHUI CARA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG DAH KENA HACKED ATAU TAK! Nah, kami sajikan 5 lagi filem yang sememangnya panas membara: 1. Abuya: Part 2 (2011) Jangan pelik, filem ini tidak ada Part 1. Entah kenapa ianya dinamakan Part 2 tidaklah diketahui. Filem ini gagal menyerlah di pawagam walaupun ianya meletakkan aura Faizal Hussein sebagai teraju utama. Malah, faktor keseksian Jue Aziz, Andrea Abdullah dan beberapa pelakon lain yang memegang peranan sebagai isteri-isteri Abuya gagal menambat peminat. Antara babak panas yang ditayangkan dalam filem ini termasuklah adegan isteri Abuya sedang terbaring bernafsu dan juga adegan nasi kangkang. Beberapa adegan yang mun
Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]
Pengabdi Setan, remake filem 1980an yang mengisahkan keluarga yang diganggu makhluk halus selepas kematian ibu mereka nampaknya menerima pelbagai reaksi. Ada yang menyatakan bahawa ianya tidak menyeramkan dan ada yang memuji gaya garapan sutradara Joko Anwar. Paling memeningkan kepala semestinya ending filem ini yang dibikin agak ringkas. Kami akan huraikan penamat filem ini dan bagaimanakah adegan akhir filem ini membuka kepada kisah yang lebih besar. Ambil maklum bahawa penulisan selepas ini mempunyai SPOILER MAJOR yang mana boleh membuatkan korang sakit hati jika masih tidak menonton filem ini. Kami harap anda berhenti membaca jika masih belum menonton filem ini. HURAIAN BABAK KEMUNCAK PENGABDI SETAN Selepas diganggu dengan pelbagai cara, Bapak dan anak-anaknya yakni Rini, Tony, Bondi dan Ian sudah bersedia untuk berpindah. Hendak dijadikan cerita, kenderaan yang mahu membawa mereka keluar daripada rumah tersebut tidak kunjung tiba. Sang Ustad, yang mana kehilan
Bagaimana Menonton Netflix Di Laptop/ PC Tanpa Menggunakan Pelayar Internet
Ramai yang mengeluh apabila menonton Netflix menggunakan pelayar Google Chrome/ Internet Explorer atau Mozilla, mereka terpaksa menyusun paparan muka yang agak remeh. Kadangkala, ketika kita sedang buat kerja lain, paparan Netflix akan berada di belakang dan akan mengganggu penontonan. Baiklah, hari ini kami akan ajar bagaimana untuk menonton Netflix sambil buat kerja lain di Windows tanpa mengganggu kerja anda dan juga paparan Windows anda yang lain. 1. Pertama, pergi ke Microsoft Store 2. Search Netflix, dan download sepertimana anda mendownload di Playstore atau Apple Store. 3. Selepas mendownload, Log In dan pastikan anda menggunakan fungsi pinned yang berada di bawah sebelah kanan video. Fungsi ini akan membuatkan video anda berada di atas paparan walaupun berapa banyak aplikasi lain yang anda buka. Sekian. Itu sahaja! NAK TAHU MACAM MANA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG KENA HACK ATAU TAK? KLIK SINI!
Analisa Dan Huraian Penuh Filem 'Pulang' [SPOILER ALERT]
Kabir Bhatia hadir lagi dengan sebuah filem tentang cinta. Pengarah ini diakui sememangnya mampu mengemudi filem bertema ini dengan sempurna. Lihat sahaja Nur Kasih suatu ketika dahulu yang menjadi fenomena. Pulang diinspirasikan dari kisah benar. Justeru, naskah Pulang semestinya mempunya gaya persembahan yang berbeza untuk menjadikannya unik. Artikel ini akan menghuraikan tentang filem ini secara keseluruhannya. Kami akan menghuraikan signifikannya ending filem ini dan kesannya terhadap penonton. Kita juga akan melihat apa yang ingin disampaikan secara tersirat oleh Kabir Bhatia melalui skrip tulisan Mira Mustapha ini. Ambil maklum bahawa perenggan selepas ini mengandungi SPOILER MAJOR! - - - - - - - - - - HURAIAN FILEM ‘PULANG’ Kisah Pulang berlatar belakangkan Serkam pada tahun 1939. Di sini, kita diperkenalkan dengan watak Othman yang mana menjadi nelayan dan menjual ikan. Digambarkan Othman sememangnya digemari gadis
Ulasan Filem: Bird Box (2018)
Tahun Terbit | 2018 Pengarah | Susanne Bier Pelakon | Sandra Bullock, Trevante Rhodes, John Malkovich Kita dah ada A Quiet Place yang mana berkisar tentang deria bunyi. Kalau bersuara, mati! Dan sekarang, sepertinya Netflix tidak mahu ketinggalan untuk turut tampil dengan filem yang mempunyai kekuatan yang sama. Lantas mereka terbitkan adaptasi daripada novel tulisan Josh Malerman yang ditulis pada tahun 2014. Lalu, diorang letakkan Sandra Bullock, pelakon yang cukup lejen sebagai pelakon utama. Standard dah kalau filem Netflix, akan diorang letak satu pelakon lejen dan di sekelilingnya ada pelakon yang biasa biasa. Oh, dalam filem ni turut ada John Malkovich yang tidak dinafikan mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Apa aku boleh katakan setelah selesai menonton filem ini ialah filem ini hanyalah sekadar filem Netflix. Dengan bajet yang mereka ada dan sebagai sebuah filem yang ditayangkan di platform streaming, Bird Box tidak ubah seperti filem gred B, yang
Membedah 5 Lagu Dari Filem 'Hantu Kak Limah' [SPOILER ALERT]
Hantu Kak Limah, naskah baru dalam dunia filem Kampung Pisang kini sudah hangat ditayangkan di pawagam. Dengan kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama tayangan, filem Hantu Kak Limah mencatat fenomenanya yang tersendiri selepas filem pertama berkisar Kak Limah diterbitkan pada tahun 2010. Di setiap filem, pengarah filem Mamat Khalid sentiasa meletakkan lagu yang mengembalikan memori. Filem Hantu Kak Limah juga tidak lupa menyertakan pelbagai lagu menggamit kenangan yang membuka mata penonton masa kini untuk menghargai lagu-lagu lama. Kami akan huraikan isi tersurat dan tersirat di sebalik setiap lagu yang mengisi filem Hantu Kak Limah. Ambil maklum bahawa MAJOR SPOILER akan didedahkan selepas perenggan ini. Jangan baca jika anda masih belum menonton filem Hantu Kak Limah. - - - - - - - - - 1. Qurbani Qurbani - Anwar, Kishore Kumar, Aziz Nazan Tersurat Lagu ini disiulkan oleh Yeh dalam bilik air ketika dia ingin mandi sele
Comments
Post a Comment