TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Saaho (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Sujeeth
Pelakon | Prabhas, Shraddha Kapoor, Jackie Shroff

Selepas filem Baahubali, Prabhas kembali lagi dengan filem Saaho! Filem kali ini menyaksikan pertamakalinya Prabhas bergandingan dengan pelakon Bollywood, Shraddha Kapoor. Filem yang dibikin dalam tiga bahasa iaitu Hindi, Tamil dan Telegu ini dikatakan antara filem yang mahal kerana menampilkan kesan khas yang maha dahsyat dan besar untuk industry filem India.

Besar harapan aku untuk filem ini dengan harapan ianya dapat menghampiri kehebatan dua filem Baahubali. Seperti mana yang kita tahu, nama Prabhas ini sendiri sinonim dengan filem Baahubali. Jadi, Saaho pula membuatkan dirinya dikenali sebagai pelakon yang berlakon dalam filem yang punya CGI yang mantap.

Malangnya, Saaho kelihatan seperti gagal mencapai apa yang aku inginkan. Terlalu banyak benda yang aku saksikan di dalam trailer seakan-akan tidak memberi gambaran penuh kepada apa yang diberikan. Malah, durasinya agak panjang membuatkan kisah ini kelihatan terlalu diregangkan sehinggakan ada perkara yang tak penting pun diberikan penekanan.

Kegagalan Saaho kelihatan jelas pada penceritaan filem ini. Pengembangan watak, twist cerita dan juga penceritaan tidak begitu dibina dengan kemas. Banyak babak kelihatan agak lama dan tidak pula memberikan isi kepada pengembangan cerita. Dan disebabkan itu, durasi yang menghampiri hampir 3 jam seakan boleh diceritakan dalam masa lebih kurang 2 jam sahaja.

Disebabkan filem ini focus kepada Prabhas, kelihatan seperti adanya exaggeration dalam fokus watak pelakon itu. Kadangkala, dialog yang diberikan kepada Prabhas terlalu crunchy sehinggakan rasa muak dengan dialog yang diucapkan. Lagak gaya Prabhas yang kononnya stylo untuk wataknya gagal menguji lakonannya ke tahap maksimum.

Shraddha Kapoor juga gagal memberikan impak yang kuat. Penceritaan wataknya, disusuli twist dan juga perjalanan ceritanya agak draggy dan membosankan. Aku rasakan, Shraddha Kapoor tidak seharusnya menjadi fokus cerita. Saaho sepatutnya menjadi sebuah filem aksi yang besar dengan mengabaikan beberapa aspek cliché filem India.

Namun begitu, memang filem ni kelihatan agak impressive dari segi visual. Tidak dapat dinafikan, Saaho membuktikan bahawa pengarah India mempunyai visi untuk mencipta dunia fantasi idaman rakyat India. Waaji City, sebuah bandar moden yang mana menggabungkan aspek CGI dan juga kota modern digabungkan dengan cukup cantik.

Koreografi aksi terutamanya adegan kejar mengejar memang memuaskan. Adegan yang menggunakan banyak elemen CGI begitu memberi kesan besar dalam menggambarkan aksi lasak yang luar biasa. Adegan kejar mengejar banyak dihidangkan di fasa kedua filem. Sayangnya tidak banyak pun aksi lasak dalam filem ni yang kononnya dijual di dalam trailer.

Sayangnya, Saaho tidak berjaya melekat di hati seperti hebatnya Baahubali. Namun, daripada Saaho, kita jelas dapat melihat bagaimana industri filem India bergabung tenaga untuk membikin filem yang mana berisiko tinggi walaupun pulangannya belum tentu lumayan. Sahoo ialah revolusi tetapi mungkin dengan beberapa elemen cliché, ianya mencacatkan filem ini.

Ianya watchable. Tetapi, memang korang perlu berikan sedikit masa untuk filem ni berkembang sebab ianya sedikit perlahan. Kalau korang mampu tahan tonton sampai middle section, rasanya bolehlah korang habiskan. Sebab second part of the movie memang mantap.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Filem 'Dolittle' Dijangka Bakal Gagal Teruk Di Pawagam

Telan Belanja RM20 Juta, 'Bakara' Pertaruh Kisah Benar Tragedi Black Hawk Down

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Ulasan Filem: Ejen Ali The Movie (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Will Smith Dan Martin Lawrence Bakal Kembali Dalam 'Bad Boys 4'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: The Man Without Gravity (2019)

Ulasan Filem: 6 Underground (2019)