Telan Belanja RM20 Juta, 'Bakara' Pertaruh Kisah Benar Tragedi Black Hawk Down

Adrian Teh nampaknya kembali dengan filem bergenre perang selepas filem Wira yang baru saja ditayangkan tahun lepas. Bakara ialah sebuah lagi filem yang bakal mengangkat martabat ketenteraan Malaysia. Ianya juga akan turut memaparkan sisi sebenar misi di pasar Bakara yang mana sebelum ini diadaptasi ke filem Hollywood bertajuk Black Hawk Down.



Astro Awani melaporkan bahawa filem ini ialah kejadian sebenar pertempuran di Mogadishu, Somalia versi Malaysia. Dalam majlis pelancaran yang berlangsung di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani semalam, filem ini dikatakan akan menampilkan aset ketenteraan sebenar dan juga pasukan tentera sebenar dalam filem berkenaan.

Diterbitkan oleh syarikat produksi Act 2, filem ini bakal menampilkan pelakon hebat seperti Hairul Azreen, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Remy Ishak dan juga Fauzi Nawawi. Filem ini menelan belanja sebanyak RM20 juta dan mendapat kerjasama baik dari Angkatan Tentera Malaysia!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan