Pelakon 'Harry Potter' Bakal Jadi Tunjang Utama Reboot 'POTC'

Sekitar 2018, kita dilaporkan bahawa Disney sedang dalam proses perancangan untuk menerbitkan reboot filem Pirates of the Caribbean. Dilaporkan juga bahawa Disney bakal membuang watak Johnny Depp dan bakal membina naratif baru yang lebih segar. Pada ketika itu juga, dilaporkan bahawa penulis filem Deadpool, Rhett Reese dan Paul Wernick bakal menulis lakonlayar, tapi akhirnya mereka undur diri. 


Walaupun projek reboot filem POTC nampak seperti bakal lingkup, Disney masih sedang berusaha untuk menjadikannya realiti. Wegotthiscovered.com mendedahkan melalui sumbernya bahawa Karen Gillan yang mana pernah berlakon sebagai Lily Eva dalam filem francais Harry Potter bakal menggantikan Johnny Depp dalam reboot nanti. 

Pemilihan Karen Gillan mungkin sesuai pada masa ini jika dilihat pada filem yang dibintanginya. Filem seperti francais Jumanji dan filem Avengers membuktikan bahawa pelakon ini mampu untuk membawa watak dalam filem aksi dengan cemerlang. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan