Jason Statham Jadi Watak Utama Spin-off 'The Expendables'

Sebuah filem spin-off dari filem The Expendables dilaporkan bakal dihasilkan dengan Jason Statham bakal melakonkan watak asalnya. Filem yang keempat ini dikhabarkan akan bertajuk The Expendables: A Christmas Story kini sedang aktif dalam proses peghasilan skripnya. Kali ini, watak Stallone akan diketepikan dan Statham bakal menjadi tunjang utama.


Watak Stallone dilaporkan akan dikurangkan dan menjadikan spin-off ini lebih muda dengan watak baru dan lebih segar. Filem keempat dalam francais The Expendables ini dilaporkan akan mula penggambaran dalam separuh masa kedua tahun 2020. 

Filem The Expendables keempat ini melalui pelbagai rintangan dan halangan. Filem pertama dalam francais ini berjaya mengutip USD274 juta di seluruh dunia. Dengan kehadiran Jean Claude Van Damme dan Chuck Norris dalam sekuelnya, filem ini terus berjaya dengan kutipan yang memberansangkan. 

Namun, kutipan ketiga filem ini nampaknya merudum apabila filem tersebut diklasifikasikan sebagai PG-13. Ini menjadikan Stallone kecewa dan berundur dari francais berkenaan buat sementara. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan