Filem 'Dolittle' Dijangka Bakal Gagal Teruk Di Pawagam

Filem terbaru Robert Downey Jr yang mana bukan dari francais MCU dijangka bakal gagal dengan teruk di pawagam pada pembukaan tayangan nanti. Sepanjang penglibatannya dalam francais MCU, Robert Downey Jr menikmati kejayaan yang begitu hebat sebagai Iron Man. Namun, dengan berakhirnya watak Iron Man dalam Endgame, nampaknya era baru Robert Downey Jr bakal bermula.


Walaupun filem Dolittle ini ialah filem bajet besar yang memulakan tahun 2020, ianya gagal untuk menarik peminat RDJ untuk menonton filem ini. Kebnayakan ulasan nampaknya negatif dengan rata-rata pengkritik filem merasakan filem ini biasa-biasa dan tidak layak dipuji.  Box Office Pro menjangkakan filem ini hanya bakal mengutip USD16.9 juta sahaja sepanjang tayangan minggu pertama di US. 

Universal Pictures mungkin merasakan bahawa Dolittle mampu untuk membuka francais baru bagi studio itu dan bakal menjadi watak trademark terbaru RDJ. Sayangnya, semua itu gagal untuk direalisasikan. 

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 23 Januari 2020.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan