'Anaconda' Bakal Direboot Semula Oleh Penulis Lakonlayar 'Tomb Raider'

Filem berkisar tentang ular Anaconda yang diterbitkan pada tahun 1997 dilaporkan bakal dihasilkan semula oleh penerbitnya, Columbia Pictures. Filem lakonan Jennifer Lopez itu pada tempoh tayangannya dahulu gagal menambat hati penonton dan dicalonkan dalam Razzie Awards tetapi berakhir dengan kekalahan.


Walaupun filem itu tidak mendapat tempat di hati peminat, ianya berjaya mencipta francais gred B selepas itu yang punya peminat tersendiri. Mungkin disebabkan itu, Columbia Pictures mengambil inisiatif untuk membikin semula filem berkenaan dalam aura yang lebih moden dan terkini.

The Hollywood Reporter melaporkan bahawa buat masa ini, Even Daugherty bakal diberi tangungjawab untuk menulis skrip filem berkenaan. Penulis lakonlayar tersebut pernah menulis untuk filem aksi seperti Tomb Raider, Teenage Mutant Ninja Turtles dan Snow White and The Hutsman. 

Dilaporkan bahawa Anaconda versi baru ini akan mengikut konsep hampir sama dengan The Meg lakonan Jason Statham. Sudah lama nampaknya kita tidak menonton filem berkisar tentang Anaconda. Mungkin remake ini bakal menyajikan sesuatu yang lebih segar berbanding filem tahun 1997 dan sekuelnya pada 2004. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan