Ulasan Filem: The King (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | David Michôd
Pelakon | Timothée Chalamet, Joel Edgerton, Robert Pattinson

Netflix tampil dengan sebuah filem drama sejarah terbarunya, The King. Filem ini diinspirasikan dari beberapa drama tulisan William Shakespeare. Tapi, korang tak perlu risau, ianya tidaklah sesusah korang belajar karya legenda itu masa zaman sekolah dulu. The King ialah sebuah filem yang bercerita dengan mudah dan mungkin korang tak rasakan yang ianya ialah adaptasi karya sastera.

Filem ini mengisahkan perjalanan Henry Prince of Whales dalam usianya yang muda dilantik menjadi raja England. Usianya yang muda dan sikapnya yang tidak mahu terlibat dengan politik pada awalnya menjadi ejekan, namun era Henry IV menyaksikan bagaimana seorang anak muda memerintah sebuah negara besar yang cukup dikenali untuk menentang Perancis.

Bagi yang rasakan filem ini ialah filem perang, korang kena ubah mindset. Filem ni ialah filem bergenre drama. So, korang kena expect filem ni agak slow daripada penceritaannya. Tetapi, tidaklah ianya membosankan. Ada babak yang cukup padu dan pelbagai kisah kecil yang rasanya cukup memuaskan.

Sebagai filem Netflix, filem ini berdurasi lebih 2 jam. Masih ok lagilah dari filem Martin Scorcese yang sampai 3 jam lebih tu. Di fasa pertama filem, ianya lebih focus kepada bagaimana Henry IV menghadapi tentangan terhadap perlantikannya sebagai raja England di usia muda. Di fasa dua pula, kita diperlihatkan bagaimana Henry IV mengemudi armada perang untuk menentang Perancis.

Filem ini memang ada babak perang. Namun, babak perangnya hanyalah pada skala sederhana sahaja. Tidaklah terlalu kecil dan ringan, dan tidaklah juga terlalu gah seperti apa yang dipaparkan dalam filem Lord of the Ring. Namun, elemen perang filem ni cukup baik untuk level filem sebegini.

Jika ditanya apa yang aku suka dalam filem ni, aku rasakan point utama yang menarik minat untuk menonton The King semestinya kemunculan Robert Pattinson sebagai The Dauphin. Wataknya mungkin separuh sahaja daripada filem, tetapi cukup untuk memperlihatkan sisi lakonan lain bagi pelakon tersebut.

Aku cukup suka juga dengan garapan dialog dalam filem ni. Ianya memang padu dan boleh layan. Malah, babak-babak drama dalam filem ni dihias cantik dengan lakonan mantap Timothee Chalamet, Joel Edgerton, Sean Harris dan ramai lagi pelakon berkaliber dalam filem ni.

Honestly, The King ni ialah sebuah filem yang lain dari yang lain. Genre sebegini jarang ditonjolkan Netflix dan sekali diorang release, memang puas hati. Jangan harapkan filem ni setanding filem di pawagam. Anggap filem ni sebagai filem level drama tv yang punya kualiti yang agak mantap dari segi kerja kamera, editing dan juga penceritaannya.

Menyaksikan Robert Pattinson dalam role yang lain dari yang lain memang menarik minat aku untuk memuji filem ni. The King berjaya bercerita dengan baik walaupun perjalanan dramaya agak lambat. Walaupun dramanya slow, tidaklah ianya dragging sangat. Ada momen dan dialog yang cukup padu untuk mengisi drama yang ada.

Aku lebih harapkan Netflix banyak mengisi katalog filem mereka dengan lebih filem sebegini. Filem ni padu dalam segala aspek dan memang wajar ditonton. Memang filem terbaiklah untuk penontonan di laman penstriman. Wajib layan kalau suka filem ala-ala history sebegini. Sebuah filem yang ada nilainya yang tersendiri.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan