Ulasan Filem: Boboiboy The Movie 2 (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Nizam Razak
Pelakon | Nur Fathiah Diaz, Nizam Razak, Fadzli Mohd Rawi

Memang tak dinafikan, bila dengar je Boboiboy, pasti ramai yang menyangkakan watak ini hanya untuk kanak-kanak je. Filem sekuel kepada filem pertama yang terbit pada 2016 yang lalu ini nampaknya sebuah kebangkitan. Banyak perkara yang dah dibaiki. Tidak hairanlah, filem ni berjaya mendapat tempat di kalangan pencinta filem tempatan.

Korang tak perlu nak jadi penonton siri tv Boboiboy untuk melayakkan korang layan filem ni. Kau datang bawa otak kosong dan tak tahu langsung pasal Boboiboy dan juga musim-musimnya di tv pun, kau akan boleh layan. Ianya mungkin ada kaitan dengan siri tv, terutamanya untuk background character, tapi, plot filem ni berdiri dengan sendirinya.

Alkisah Boboiboy The Movie 2 mengisahkan bagaimana Rentak’ka, yang merupakan penguasa asal kuasa elemental yang dimiliki Boboiboy memburu Boboiboy untuk mendapatkan kembali kuasanya. Kisahnya memang level superhero dan memang cukup untuk membina naratif fiksyen sebagai sebuah animasi adiwira tempatan.

Perjalanan penceritaan cukup ringkas. Aku lebih suka sekuel ini berbanding filem pertama. Tidaklah terlalu kebudak-budakan dan villainnya juga padu untuk penggemar animasi seperti aku. Rentak’ka cukup untuk membina rasa kejam seorang villain. Apatah lagi wataknya dikuasakan dengan penyumbang suara yang cukup padu dan sesuai.

Jika dibandingkan dengan filem pertama, Boboiboy The Movie 2 ada banyak peningkatan. Pertama, filem ni mempunyai naratif yang lebih baik dan membawa Boboiboy ke level kuasa paling lemah untuk melawan kuasa jahat. Penceritaan sebegini sudah banyak diaplikasikan dalam filem Hollywood untuk memperlihatkan bagaimana seorang adiwira melawan villain yang lebih hebat dari diri diorang.

Keduanya, aspek animasi filem ni lebih detail dari filem pertama. Jika filem pertama lebih banyak menggunakan animasi yang detailnya besar-besar dan nampak biasa, filem sekuel ini banyak mencabar animator untuk mencipta dunia Boboiboy yang lebih detail dari biasa. Salute kepada penciptaan pelbagai karakter walaupun ada sesetengahnya macam sekadar dicipta untuk menambah watak je.

Aku juga suka filem ni kerana pertarungan Rentak’ka dan juga Boboiboy di akhir filem lebih baik dari filem pertama. Takdelah nampak macam aura tengok filem Ultraman. Malah, aksi di dalam filem ni cukup detail dan memuaskan. Ditambah pula dengan emosi dan juga koreografi aksi yang layak dikatakan memuaskan dan baik, memang filem ni lengkap segala macam.

Skor muzik filem ni gempak. Dah taraf filem luar. Walaupun rasa macam lagu tema Faizal Tahir tu macam tak masuk je dengan filem ni, aku rasa oklah. At least, boleh layan. Lagu latar ketika babak aksi memang mampu buatkan aku meremang.

Cuma aku lebih mengharapkan watak Boboiboy atau beberapa karakter lain dikembangkan dengan lebih lagi. Bagi sebuah filem, Boboiboy The Movie 2 ni seakan satu episod siri animasi yang dipanjangkan sahaja. Ada antagonis besar, watak yang ramai, tetapi pengembangan karakter agak kurang dan agak mengecewakan.

Overall, pada aku Boboiboy The Movie 2 ialah sebuah upgrade kepada filem pertama. Pengembangan watak yang kurang dan watak Boboiboy yang sedikit lemah pada emosi menjadikan filem ni gagal mencapai markah penuh, secara peribadi. Namun, animasi yang sudah baik, penceritaan yang memuaskan serta villain yang padu membuatkan Boboiboy The Movie 2 antara filem animasi 2019 yang tidak boleh dipandang sebelah mata.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan