'Ip Man 4' Jadi Filem Kung Fu Terakhir Lakonan Donnie Yen

Pelakon kung fu terkenal dari China, Donnie Yen mendedahkan bahawa filem Ip Man 4 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi bakal menjadi filem kung fu terakhir lakonannya. Donnie Yen yang sememangnya terkenal dengan koreografi aksi kung fu yang cukup hebat nampaknya memilih untuk mengundur diri dari filem bersifat sedemikian selepas ini.



Namun, jangan risau, menurutnya, berhenti berlakon filem kung fu bukan bermakna dia akan terus berhenti dari dunia lakonan. Ada bezanya antara filem aksi dan juga filem kung fu. Filem aksi tidak semestinya filem kung fu dan begitulah sebaliknya.
Ip Man 4: The Finale is my last kung fu film. But don’t misunderstand. This doesn’t mean I’ll stop acting in action films. Kung fu films are action films. But action films are not kung fu films. That’s a fact.
Donnie Yen membuat kenyataan tersebut ketika turun mempromosikan filem Ip Man 4 di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dia hadir bersama dengan pelakon yang memegang watak Bruce Lee dalam filem ini, Danny Chan Kwok Kwan dan juga penerbit filem Ip Man 4, Raymond Wong.

Filem Ip Man 4 bakal menyaksikan pertarungan terbaru Ip Man dengan pelbagai lawan. Antara yang menarik untuk ditonton semestinya pertempuran Ip Man bersama watak lakonan Scott Adkins!



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan