'Wira' Kini Sebahagian Daripada Universe Filem [SPOILER ALERT]

Filem terbaru arahan Adrian Teh, Wira kini sudah pun menjengah pawagam. Filem yang menampilkan Hairul Azreen sebagai Hassan mengisahkan bagaimana Hassan cuba untuk menyelamatkan keluarganya yang tersepit dek hutang darah dengan Raja. Filem aksi ini turut menampilkan pelakon hebat dari Indonesia, Yayan Ruhian.


Sepanjang filem ini bertayangan, aksinya cukup memuaskan. Namun, apa yang lebih mengejutkan bahawa Adrian Teh sudah membina sebuah universe rasmi untuk filem arahannya. Ya, jangan tak percaya bahawa filem ini sebenarnya berada dalam satu universe dengan filem Paskal The Movie yang turut diarahkan pengarah yang sama.

Di akhir filem, kita dipaparkan dengan perjalanan watak adik kepada Hussin, Zain selepas insiden dari filem Wira. Kita mungkin pada awalnya sangkakan bahawa naratif tambahan ini sekadar perencah rasa. Tapi, tidak. Naratif watak Zain membawa kepada cameo beberapa watak dari filem Paskal.

Ya, Zain (Fify Azmi) akhirnya menjadi tentera udara atas semangat daripada abangnya, Hussin. Di dalam satu scene di dewan makan, kita dipaparkan dengan cameo watak Komander Mohd Maznan (Namron) dari filem Paskal Movie dan juga insiden Bunga Laurel yang juga dari filem yang sama. 

Wira dan Paskal mungkin berbeza genre, tetapi berada dalam dunia sinematik yang sama. Adakah di masa hadapan, watak dari Wira dan Paskal bakal bertemu dalam sebuah filem?


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan