TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Wound (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Babak Anvari
Pelakon | Armie Hammer, Dakota Johnson, Zazie Beetz 

Kadangkala, ada masanya Hollywood juga tersungkur dengan filem-filem sampah. Dunia yang kita kagumi dengan kekuatan filem mereka kadangkala dihiasi beberapa filem sampah yang menyelit-nyelit di celah filem hebat mereka. Dan kita, di Malaysia tak kurangnya menerima sampah tu dan menontonnya.

Wounds ialah satu contoh filem sampah tersebut. Oklah, not too sampah. Tapi, kalau nak diberi rating, filem ni memang filem yang tak direkemen langsung untuk korang stream. See, aku dah bagitahu awal-awal di perenggan dua lagi supaya korang avoid filem ni. Tap, kalau korang nak stream, lantaklah.

Ok, basically filem Wounds ni berkisar tentang sebuah handphone yang ada sumpahan. Will, seorang bartender telah terjumpa telefon ni semasa dia bekerja di bar selepas satu pergaduhan tercetus. Dan selepas dia menyimpan telefon tu sebelum memulangkannya kepada pemilik asal, dia mula mengalami pelbagai perkara pelik.

First of all, filem ni ada great cast. Kita ada Armie Hammer, dan juga pelakon Dakota Johnson dalam wataknya yang out of box dari Fifty Shades of Grey. Dan paling menarik juga, kita ada Zazie Beetz yang mula dikenali melalui Deadpool 2. Namun, gandingan semua pelakon ni seakan-akan gagal bergaul sempurna kerana penceritaannya yang longgar.

Filem ni memang slow. Dan di awal filem, filem ni diharapkan mempunyai babak babak yang penuh dengan kejutan, tetapi di pertengahan filem ni dipenuhi dengan drama dan juga pergolakan rumah tangga Will yang rasanya seakan-akan gagal untuk menghidupkan filem ni dengan baik. Kisah cinta dan skandal melibatkan watak Will tidak kemas dan membosankan.

Aku menjangkakan filem ni bergerak ke arah darker theme ketika menjengah penghujung, namun ianya tiada. Filem ni berlegar-legar dengan isu Will dan skandalnya dan kembali kepada Will lagi. Kisah telefon berhantu itu seakan-akan dilupakan seketika di beberapa bahagian dan kembali lagi. Tiada keseimbangan antara plot besar dan juga kecil menjadikan filem ni agak mengecewakan.

Beberapa elemen misteri filem ni seperti babak lipas di dalam filem ni agak membingungkan. Kadangkala, beberapa babak dan perjalan cerita filem ni agak serabut dan tidak tentu arah sekaligus menjadikan filem ni tak ada arah tuju. Mungkin filem ni cuba untuk bercerita dan meninggalkan endingnya pada pemahaman penonton, tapi sayangnya, filem ni gagal untuk berbuat demikian.

Zazie Beetz dan Dakota Johnson seakan-akan watak tempelan yang hanya muncul untuk menjadikan filem ni mempunyai pelakon gred A. Lakonan mereka takdelah umph mana dan gagal diuji sebaik mungkin. Malah, agak mengecewakan apabila watak-watak diorang tidak mempunyai penghujung yang menarik.

Wounds adalah sebuah yang naratifnya berserabut dan takde hala tuju. Sebuah filem yang membazir masa untuk ditonton. Tapi, kalau nak layan, siap sedia bantal dan tilam, sebab filem ni memang cukup panjang untuk dihabiskan bagi durasi yang hanya 1 jam 30 mint. Rasa macam sehari setengah pun ada!

Bosan.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

Lagu Tema Ejen Ali The Movie 'Bukalah Matamu' Ciplak Muzik Luar?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Shah Rukh Khan Layan Peminat Transgender Sampai Berpeluk Sakan!

Watak Han Mungkin Akan Muncul Semula Dalam Filem 'Fast & Furious 9'?

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Vin Diesel Beli Hakcipta Filem xXx, Bakal Bikin Filem xXx 4 Bersama D.J Caruso

Spin-off 'Aquaman' Bertajuk 'The Trench' Kini Dalam Proses Perancangan