Ulasan Filem: Eli (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Ciarán Foy 
Pelakon | Kelly Reilly, Sadie Sink, Lili Taylor, Max Martini, Charlie Shotwell 

Mungkin Eli ialah sebuah filem Netflix yang cukup meyakinkan melihat sahaja daripada pembukaannya. Apa tidaknya, filem ini diterbitkan oleh Paramount Pictures. Paling menarik, filem ni bukannya diarahkan oleh pengarah calang-calang. Di sebalik filem ini ialah pengarah filem Sinister 2 yang tak kurang hebatnya.

Pada pandangan pertama, Eli seakan-akan sebuah filem misteri yang cukup meyakinkan. Melihat kepada trailernya sahaja, ianya berjaya memberikan rasa gerunnya yang tersendiri. Jump scarenya ada kreativiti dan segar seakan-akan kita melihat sebuah lagi naskah seakan The Conjuring. Memang ianya penarik yang tepat.

Secara ringkasnya, Eli mengisahkan seorang budak yang mempunyai masalah sensitiviti kepada persekitaran bernama Eli. Eli terpaksa mengenakan suit hazmat sepanjang hidupnya bagi melindungi kulitnya yang sensitif. Ibunya dan ayah angkatnya cuba untuk mengubatinya di sebuah rumah perubatan. Namun, di situ Eli mula diganggu sesuatu.

Semakin Eli cuba merungkai misteri, semakin itu Eli tiba kepada realiti dan kebenaran yang sukar dia sendiri sangkakan. Yup, apa yang korang dapat di hujung filem ni aku boleh describe sebagai gila dan cukup padu twistnya. Tak nak cakaplah kat sini, korang kena layan sendiri wokeyh!

Filem ni adalah milik Charlie Shotwell sebagai Eli. Lakonannya cukup baik untuk menyerlahkan watak Eli yang cuba untuk merungkai misteri. Memang setiap lakonannya memuaskan untuk watak budak yang ada masalah kulit. Untuk sebuah filem yang berfokus kepadanya, filem ni cukup mencengkam dan puas hati.

Mungkin bagi yang expect filem ni bergerak laju, korang memang kena bersabar sikit. Filem ni bermula dengan sedikit perlahan, tetapi masih watchable. Di pertengahan filem ni pula dipenuhi dengan misteri dan jumpscare yang unpredictable dan fresh. Itu memang kekuatan filem ni. Dan di penghujungnya, memang sebuah twist yang padu!

Eli mungkin bukan sebuah filem yang sempurna. Ada beberapa plothole yang kadangkala boleh buat kita pening kepala. Tetapi, untuk sebuah filem horror, Eli boleh je dilayan ringan-ringan. Memang isunya agak berat dan cukup besar, tetapi Eli masih berdiri sebagai filem horror yang cukup enak dilayan ringan dan santai.

Pada aku, Eli ialah antara filem bulan Oktober di Netflix yang memuaskan. Sebelum ni, Fractured ialah karya yang cukup menarik. Dan kini, Eli pula menjengah. Kemeriahan musim Halloween di Netflix nampaknya ada hiasan menarik walaupun kebanyakan filem lain agak mengecewakan.

Tak rugi untuk stream filem ni kat Netflix. At least, endingnya mungkin membuka kepada perbahasan yang lebih besar daripada sekadar tema horror biasa. Yup, mungkin aku perlu pesan sikit bahawa endingnya adalah sikit di luar kotak. Ianya ada rencah yang mungkin mencabar akal agama seseorang. Tonton Eli kalau korang suka filem yang ada twist patah riuk! Confirm puas hati!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan