Ulasan Filem: Between Two Ferns The Movie (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Scott Aukerman
Pelakon | Zach Galifianakis, Will Ferrell

Santai, selamba dan memang hiburan ringan yang best untuk release tension. Itulah yang boleh aku simpulkan selepas aku menonton filem acah-acah dokumentari, Between Two Ferns The Movie. Filem yang menampilkan Zach Galifianakis sebagai teraju utama ini memang komedi yang cukup rasa dan boleh dilayan apatah lagi dengan penampilan khas Will Ferrell.

Between Two Ferns the Movie ni sebenarnya ialah sebuah filem yang diadaptasi dari sketsa temubual pendek yang diterbitkan Will Ferrell dan Zach Galifianakis di Youtube. Selebriti dalam temubual diberikan soalan yang gila sampai ada yang naik marah. So, dalam filem ni, Zach telah buat hal sampai studionya punah.

Dan Will Ferrell yang bengang dengan kejadian tu mahukan Zach untuk buat gantirugi. Sebagai gantirugi, Zack perlu mencari 10 selebriti untuk ditemubual bagi meneruskan slot Between Two Ferns. Dan bermulalah pengembaraan Zach dan beberapa orang krunya untuk mencapai hasrat bosnya.

Bagi yang sukakan komedi gaya Zach sepertimana korang tonton dalam filem The Hangover yang lejen tu, memang disyorkan. Filem ni mengambil aura filem tersebut namun memadankan dengan kekuatan Zach yang mempunyai komedi yang ada gayanya yang tersendiri.

Zach kelihatan selesa menjadi dirinya sendiri dan berlakon seakan-akan reality. Paling padu, Zach berjaya mencuri tumpuan dengan punchline yang cukup unpredictable sepanjang filem ni. Memang tak kering gusi melihat pelakon dan selebriti kena tanya soalan mengarut dalam filem ni. Sampaikan kita rasa tak cukup untuk layan movie ni je dan perlu continue watching kat dalam Youtube.

Dari segi penceritaan, filem ni biasa-biasa saja. Ianya penceritaan yang ringkas dan mudah. Zach mempunyai misi mencari 10 selebriti, dan perjalanan kisah ni pun straightforward. Tak ada banyak twist pun dalam filem ni. Boleh dikatakan sebagai plot dan penceritaan yang memang santai dan hanya untuk ringan-ringan.

Between Two Ferns memang boleh dilayan pun kalau korang tak tahu pun apa itu Between Two Ferns. Malah, dengan filem ni, kau akan mula kenal dengan rancangan tu yang dah berada di Youtube sejak bertahun-tahun. Ianya sebuah filem yang sengaja diasingkan menjadi dirinya sendiri untuk memberi ruang kepada khalayak yang tidak mengenali Between Two Ferns.

Lakonan Zach memang menjadi. Dia ialah centre of attention di dalam filem ni. Dengan lakonan bersahaja dan juga dialog yang penuh dengan punchline, Between Two Ferns seakan bergantung penuh kepada pelakon ini. Will Ferrell yang muncul sekejap sahaja tidak ada banyak pun yang patut dipuji. Dia hanya menjadi dia dan sekadar melengkapkan apa yang tak lengkap.

Kesimpulannya, Between Two Ferns ialah sebuah filem terbitan Netflix yang memang layak korang layan kalau korang nak santai-santai. Enjoy penceritaannya, hadam plot yang tak stress dan juga dialog yang penuh punchline.

Bagi aku, untuk korang stream filem ni kat Netflix memang berbaloi. Netflix jarang berikan filem bergenre komedi sebegini dan Between Two Ferms The Movie ialah filem Netflix yang boleh dikatakan luar biasa dan ada umph.

Try layan sekali!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan