TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Matt Damon Rugi Tawaran Jutaan Tolak Berlakon 'Avatar'


Pelakon Matt Damon mendedahkan bahawa penolakan untuk membawa watak dalam filem James Cameron, Avatar membuatkan dia rugi berjuta-juta. Walaupun pelakon itu selalu berlakon dalam filem yang sinonim dengan gelaran box-office dan juga filem yang mendapat pujian pengkritik, pelakon itu nampaknya memilih untuk menolak pelawaan James Cameron.


Dalam satu temubual bersama GQ, Matt Damon mendedahkan bahawa James Cameron mendedahkan penolakan Matt Damon untuk terlibat dalam filem Avatar bukanlah sesuatu masalah yang besar. Matt Damon diberitahu bahawa pengarah Titanic itu akan terus membikin sekuel Avatar dengan pelakon yang kurang dikenali dan filem itu akan terus box-office.
Jim Cameron offered me Avatar. And when he offered it to me, he goes, “Now, listen. I don’t need anybody. I don’t need a name for this, a named actor. If you don’t take this, I’m going to find an unknown actor and give it to him, because the movie doesn’t really need you. But if you take the part, I’ll give you ten per cent of...” So, on the subject of money...
Walaupun berapakah jumlah perkongsian James Cameron yang bakal diberikan kepada Matt Damon jika pelakon itu mahu berlakon dalam Avatar, pastinya ianya suatu jumlah yang besar. Sekuel Avatar kini sudah pun sedang menjalani penggambaran. Pilihan Matt Damon untuk menolak watak filem pengarah besar itu pasti suatu penyesalan.

Filem Avatar yang diterbitkan pada tahun 2009 mencatat kutipan yang memberansangkan sehingga menjadi filem box-office dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Walaupun rekod Avatar kini sudah dicantas oleh filem Avengers: Endgame, keberadaan Avatar di carta no 1 kutipan filem dalam tempoh masa yang lama ialah suatu yang dibanggakan. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

10 Fakta Tentang Filem Epik Shah Rukh Khan 'Asoka'

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: Geran (2019)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: Between Two Ferns The Movie (2019)

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

Analisa Dan Huraian Penuh Filem 'Pulang' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]