TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Huraian Babak Post-Kredit Filem 'Geran' [SPOILER ALERT]


Geran ialah sebuah filem aksi seni bela diri arahan Areel Abu Bakar yang menampilkan pelakon yang memang ada background silat dan masih baru dalam bidang lakonan. Filem ni bukan filem yang kosong sebaliknya mempunyai pelbagai elemen yang mungkin akan menjadikan filem ni lebih menarik jika dilihat dengan lebih dalam.



Artikel ini akan menghuraikan ending filem Geran dan menjangkakan kemungkinan tentang apa yang bakal disajikan berdasarkan ending filem berkenaan di dalam filem Geran yang mendatang, jika ada.

Ambil maklum bahawa artikel ini mengandungi MAJOR SPOILER. Korang jangan baca artikel ini, berhenti di sini, jika korang masih belum menonton Geran di pawagam.

-

-

-

-
-

-

-

-

-

 FILEM NI ADA POST KREDIT?

Ya, filem ni mempunyai post kredit yang pendek tetapi memberi makna besar kepada Geran untuk membina francaisnya yang tersendiri. Di sepanjang filem Geran, watak Haji Daud disembunyikan dan tidak pernah ditunjukkan. Maka, post-kredit inilah yang mendedahkan siapakah Haji Daud dan apakah permainannya yang masih belum tamat.

Dalam post-kredit ringkas, kita dibawa ke Turki dimana kelihatan Haji Daud sedang menghisap cerut di sebuah bilik. Dia menyatakan bahawa semua orang sedang mencarinya sekarang. Dengan topi koboi yang menyembunyikan wajahnya, dia membuka topi tersebut dan mendedahkan wajahnya buat pertamakali.

Haji Daud rupanya dilakonkan oleh pelakon lejen Faizal Hussein dan ianya adalah satu kejutan dan memberikan banyak teori tentang bagaimana filem ini bakal bergerak untuk sekuel, jika ada di masa hadapan.

HAJI DAUD DAN NAYAN, SENGKETA YANG MASIH BELUM TAMAT

Di dalam filem Geran, watak Nayan lakonan Nam Ron tidaklah besar mana. Namun, semakin kita menghampiri penamat, kita menyedari bahawa filem Geran bukanlah hanya tentang menyelamatkan Arip daripada lembah dadah. Ianya lebih dari itu. Ianya ialah tentang hutang lama yang masih belum terlangsai.

Kita didedahkan tentang hubungan kurang baik antara Nayan dan Haji Daud melalui babak pembukaan filem. Ianya hanyalah sedikit dan tidak memberikan apa-apa makna yang besar untuk filem ni. Tetapi, sebagai set up kepada sekuel Geran, ianya mempunyai sesuatu yang cukup penting dan besar.

Mungkin, jika sekuel Geran hadir selepas kejayaan filem ni, Geran 2 akan memaparkan sengketa Nayan dan Haji Daud dengan lebih baik. Dengan bajet yang lebih besar, hasil keuntungan Geran, mungkin Faizal Hussein akan dapat muncul di skrin dengan masa yang lebih lama. Mungkin juga kita dapat melihat Faizal Hussein bersilat.

ALI KE TURKI KE NANTI?


Selepas Haji Daud melarikan diri ke Turki, antara persoalannya adakah Ali akan cari Haji Ali sampai ke Turki. Jika ya, maka filem ni memang dah naik taraflah. Dari hanya bergasak di dalam kilang, akhirnya Ali dah jadi seperti Tony Jaa yang bertarung di negara asing. Namun, kesemua ini hanyalah andaian sahaja dan cukup sekadar dijadikan teori sembang-sembang petang.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Tun M Beri Respon Isu Pembikinan Filem 'Mahathir: The Journey'

Inilah Inspirasi Sebenar Restoran Mamak Maju Dalam 'Ejen Ali The Movie'

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Aziz M. Osman Bakal Bikin Filem Terbaru Melibatkan Senario

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Ulasan Filem: Ejen Ali The Movie (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Mallesham (2019)

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'