Ulasan Filem: Watchman (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | A.L Vijay
Pelakon | G.V Prakash Kumar, Samyukhta Hegde

Kalau korang penggemar filem bergenre house invasion, mungkin korang kena kasi try untuk layan filem Watchman. Filem yang diarahkan oleh A.L Vijay ini mungkin membuatkan korang teringat kepada filem Hollywood seperti Don’t Breathe dan juga Panic Room, tetapi jangan risau, filem ni memang sangat fresh dan memuaskan.

Watchman ialah sebuah filem thriller jenayah berkonsep house invasion yang mengisahkan seorang lelaki yang kesempitan wang, Bala yang mana memilih untuk pecah masuk ke dalam sebuah rumah pada satu malam. Namun, apabila dia masuk sahaja ke rumah tersebut, dia dikejutkan dengan seekor anjing jagaan yang menjadi musuhnya. Tetapi, semakin dia cuba untuk melarikan diri, dia akhirnya terlibat dalam sebuah komplot yang lebih besar daripada apa yang dia sangkakan.

Ok, bagi aku, plot filem ni sangat fresh. Malah, filem ni cukup padu untuk durasi 95 minit. Tanpa lagu dan juga babak meleret, kita dibawa untuk melihat perjalanan Bala dan juga beberapa karakter lain di dalam filem ni yang cukup mencemaskan. Semuanya hanya berlaku dalam masa satu malam dan cukup mendebarkan.

Filem ni memaparkan elemen terorisme dan juga haiwan peliharaan yang bijak. Hollywood mungkin sudah banyak membikin filem pasal haiwan sebegini, tapi untuk Tamil rasanya belum pernah nampak. Watchman mungkin pertama memaparkan idea anjing yang cukup baik ni.

Bagi aku, separuh masa pertama filem ni memang gripping sebab filem ni terus bermula dengan masalah. Kemudiannya, di sepanjang filem, flashback digunakan untuk menggambarkan kejadian sebelum membawa kepada malam malang ini. Ianya memang sesuatu yang ok bagi aku walaupun aku expect filem ni mengurangkan flashback yang kadangkala mengganggu situasi cemas.

Aku memang salute habis dengan watak anjing yang dinamakan Bruno dalam filem ni. Watak Bruno ni memang menjadi tarikan kerana aksinya membantu Bala yang terperangkap dalam sebuah rumah tanpa putus asa. Memang korang akan seronoklah menonton aksi anjing ni dalam menangkap penjahat di dalam rumah tersebut.

Ada beberapa aksi di dalam filem ni meminjam elemen-elemen filem Bad Boys. Tapi, takpelah, memang meminjam babak satu dua tu ialah perkara biasa dalam sinema Tamil. Ianya tidak merosakkan apa-apa pun.

Lakonan G.V Prakash Kumar dalam filem ni ok-ok sahaja. Tidak terlalu kurang dan tidak terlalu baik. Hanya berbekalkan kekuatan aksi cemas filem ni, filem ni masih sempurna untuk sebuah filem thriller dari Tamil.

Pada aku, Watchman bukan filem yang hebat. Tetapi, ianya boleh menghiburkan penonton yang menggemari kisah sedemikian. Dengan plotnya yang segar, dan aksinya yang memang unexpected, Watchman memang sebuah filem yang wajar ditonton. Memang filem ni pendek sahaja, kurang dari dua jam dan tidak ada lagu yang merosakkan unsur thriller filem ni.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan