Ulasan Filem: Shanghai Fortress (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Teng Huatao
Pelakon | Lu Han, Shu Qi, Godfrey Gao

The Wandering Earth membuka ruang untuk industri filem di China untuk bermain dengan genre si-fi. Memang kalau korang perasan, hebat mana pun filem China, tak pernah lagi diorang ada keberanian untuk bermain dengan genre sebegini yang dimonopoli Hollywood. Dan selepas kehebatan The Wandering Earth, muncul pula satu lagi filem si fi China, Shanghai Fortress.

Sayangnya, filem ni sebenarnya agak sukar untuk dinilai sebagai sebuah filem yang sehebat The Wandering Earth. Shanghai Fortress seakan budak kecil yang bermain api dan akhirnya terbakar sendiri. Percubaan untuk membina sebuah jambatan berbahaya akhirnya tersungkur dengan pelbagai kelemahan.

Secara ringkasnya, Shanghai Fortress ni seakan meminjam plot ala-ala Pacific Rim, dengan perisa Independence Day. Takde robot besar, tetapi yang ada hanyalah pasukan anak muda yang berada di Shanghai yang dianggap kubu terakhir kerana negara lain sudah ditakluki alien. Dan apa yang kita bakal dipertontonkan ialah perjuangan dan juga elemen cinta dan drama yang disemai.

Ops, korang ingat filem ni si fi action packed? Tak tak! Jangan! Itulah sesuatu yang menjadikan kekecewaan pada aku sebenarnya. Filem ni dicampur aduk dengan elemen romantik dan juga persahabatan yang sama tara dengan elemen utamanya, si fi. Sayang sungguh, kita tidak melihat full si fi plot yang mana seperti The Wandering Earth.

Plot persahabatan dan romantik yang dipaparkan memang menarik Shanghai Fortress menjadi filem yang low class. Malah, dramanya yang memang tidak digarap dengan baik menjadikan plotnya sia-sia dan memang satu pembaziran. Agak mengecewakan apabila elemen perperangan alien dan manusia tidak ditata dengan kemas dan sempurna.

Terlalu banyak plot hole pada elemen si fi filem ni. Persoalan tentang alien, dan juga pertahanan bumi kelihatan digarap agak simple dan tidak begitu dalam sehinggakan kita gagal untuk memahami dunia fiksyen Shanghai yang digarap. Sayang sungguh untuk sebuah filem sebegini yang mempunyai plot si fi yang kelihatan macam filem Ultraman je.

CGI filem ni juga agak kurang meyakinkan terutama pada pembinaan karakter alien. Ada beberapa babak yang kelihatan begitu ambitious tetapi gagal terbina dengan kemas lantaran kesan khas alien yang begitu sederhana. Namun, kebanyakan CGI untuk latar suasana memang digarap cantik dan sempurna. Cuma gambaran alien je agak kureng sket.

Shanghai Fortress mungkin memang sesuai untuk penggemar filem yang mahukan filem yang ada elemen romantik dan drama. Bagi penggemar si fi, filem ni memang sangat mengecewakan. Kitorang tak nak elemen romantik dan drama mengaburi si fi dan juga aksi.

Pada aku, Shanghai Fortress memang menandakan bahawa filem si-fi untuk negara China masih perlukan kekuatan dari sudut penceritaan. Paduan cerita yang baik, elemen CGI yang melengkapkan visi haruslah selari untuk membentuk resepi filem yang baik.

Dengan garapan plot yang agak sederhana, Shanghai Fortress mungkin sebuah filem yang wajar diabaikan di Netflix. Mungkin korang akan rasa rugi benar menonton filem ni. Tapi, tak tahulah kalau korang memang suka dengan suntikan romantik drama dalam filem aksi si fi yang memang kelihatan agak janggal tu.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan