Ulasan Filem: Red Sea Diving Resort (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Gideon Raff
Pelakon | Chris Evans, Michael K. Williams, Halley Bennett

Well, filem ni mungkin akan menimbulkan rasa tidak selesa kalau korang lihat tentang kisah menjadi seorang Yahudi dari mata seorang Muslim. Nasihat awal aku, sebelum korang play filem ni kat Netflix, korang kena tahu bahawa filem ni dibikin oleh orang yang bukan muslim. Jadi, jangan bawa semangat kebencian terhadap Israel dengan serius jika nak tonton filem ni. Anggap filem ni lebih kepada hiburan.

Red Sea Diving Resort, seperti tajuknya mengisahkan sebuah resort yang berada di pantai Laut Merah. Apa yang terjadi semuanya berkisar di resort tinggal ini. Apa pula ada dengan resort tinggal ini? Inilah yang menjadi premis filem ni.

Filem inspirasi kisah benar ini digubah dari kejadian sebenar tau! Ianya mengisahkan bagaimana anggota Mossad yang cuba untuk menyeludup Yahudi dari tanah Arab yang dihalau (kena baca sejarah untuk lebih deep lagi). Misi diorang ialah untuk cuba membawa Yahudi sebanyak mungkin ke tanah Israel yang menjadi satu-satunya tempat selamat mereka.

Seorang anggota Mossad, Ari Levinson (Chris Evan) mendapat akal untuk menyeludup para Yahudi dari tanah Arab ini melalui sebuah resort tinggal di Laut Merah. Dan kisah ini mengisahkan cabaran para anggota Mossad yang direkrut Ari untuk melaksanakan misi yang memang agak mustahil tetapi satu cubaan yang sangat berani.

Pada aku, execution filem ni memang biasa-biasa je. Level drama-drama. Ringkas dan memang nampak sangat seperti ada bajet yang terhad untuk siapkan filem ni. Almaklumlah, ni kan filem Netflix. Jadi, tak boleh harap lebih sangat untuk lihat babak-babak yang level CGInya gempak seperti filem musim panas.

Namun, untuk sebuah filem berkisar tentang misi yang agak sukar, filem ni memang boleh layan. Elemen tegang dan juga cabaran yang dihadapi para anggota terlibat memang berjaya menghidupkan suasana tegang dan cemas di dalam filem ni. Memang cukup menarik untuk melihat bagaimana Mossad menjalankan operasinya.

Watak Chris Evan tidak diberi penonjolan yang lebih. Ini mengingatkan aku kepada bagaimana Triple Frontier menyederhanakan watak Ben Affleck dalam filem berkenaan. Seperti itulah juga layanan Chris Evan di dalam filem ini. Namun, Chris Evan berjaya memberikan lakonan yang cukup baik dan menjadikan wataknya cukup untuk ditatap penonton.

Boleh dikatakan bahawa Red Sea Diving Resort cukup puas untuk sebuah filem standard Netflix. Ianya boleh berdiri sebaris Triple Frontier yang memang boleh dikatakan mempunyai penceritaan yang kuat.

Cuma sayang sedikit apabila pengembangan watak tidak diberi penekanan yang sewajarnya. Mungkin aku mengharapkan lebih konflik di antara watak yang menjadikan filem ni lebih rasa dan jiwa. Namun, apa yang aku nampak, pengembangan watak kelihatan agak kering sedikit dan tidak diberi perhatian.

Pada aku, kalau korang nak layan filem ni, korang kena ketepikan perihal politik dan isu semasa. Just layan filem ni sebagai filem dan pastinya filem ni cukup enak untuk korang stream. Sebuah filem yang memang mempunyai plot yang baik dan juga cukup memuaskan bagi aku. Memang boleh layan!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan