TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Rambo Last Blood (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Adrian Grunberg
Pelakon | Sylvester Stallone, Paz Vega, Sergio Perez-Mecheta

Stallone kembali lagi dengan filem Rambo 5. Selepas lebih 10 tahun filem Rambo 4 muncul, katanya filem Rambo terbaru ni merupakan filem terakhir dalam saga watak John Rambo lakonan Stalone. Namun, adakah filem Rambo: Last Blood ni adalah sebuah filem yang memang menjadi penutup sempurna, atau ianya ialah langkah gagal yang merudumkan Rambo semejak kemunculannya dalam arena filem?

Tampil dengan kesinambungan dari filem Rambo 4, Last Blood boleh dikatakan sebuah filem yang memang menampilkan watak John Rambo dalam usia yang releven. Pendek kata, Last Blood memang sebuah filem yang memang mahu atau tidak perlu menjadi filem terakhir buat Rambo dan perjalanan hidupnya. Setelah kembali ke kampung halaman, John Rambo hidup tenang dan juga memikirkan kisah hidupnya. Dia juga menjaga seorang anak saudaranya.

Sayangnya, hidup John Rambo ni tak tenang lama. Apabila anak saudaranya kena culik dengan kartel dadah dan pelacuran Mexico, John Rambo cuba fight back untuk dapatkan anak saudara kesayangannya.

Pada aku, plot filem ni memang biasa dan tak segar mana. Kisah kekejaman kartel dadah dan juga isu pelacuran dan anak muda ni bukanlah benda luar biasa mana. Tidak seperti filem Rambo yang sebelum ini yang lebih memaparkan isu Vietnam yang mana menggambarkan kekalahan terteruk Amerika di era peperangan, pada kali ini, Rambo bersifat personal.

Ini yang menjadikan plot Rambo biasa-biasa. Takde kick yang baik, tetapi sekadar hadir ke pawagam untuk melihat Rambo beraksi. Itu sahaja. Kalau bukan Stallone yang muncul dalam filem ni sebagai John Rambo, Last Blood ni mungkin hanya menjadi filem gred B yang takde siapa pun yang akan beli tiket, dan probably akan direct release ke home entertainment.

Jika dibandingkan denga level keganasan filem Rambo 4 yang diterbitkan pada tahun 2008, filem Rambo kelima ni memang less action, tetapi kalau nak dicompare pada elemen gore, memang filem ni padu. Jadi, kalau korang expect aksi non stop macam filem Rambo 4, korang perlu lupakan je. Tapi, kalau nak tengok Rambo mengganas macam pembunuh psiko, hah, ini filemnya.

Aksi padat filem ni banyak dihimpunkan pada bahagian akhir filem. Bahagian awal kelihatan agak meleret, tetapi masih boleh dilayan. Di bahagian pertengahan pula kelihatan seperti sebuah filem orang tua yang lemah yang belum bangkit. Dan di bahagian akhir je filem ni padu dengan aksi yang cukup bombastik.

Filem Last Blood secara peribadi masih gagal untuk memberi kepuasan sempurna. Rambo 4 sememangnya sebuah filem yang paling baik untuk generasi muda sekarang. Rambo 5 ni kelihatan seperti filem yang levelnya biasa biasa je dan gagal mencapai standard filem aksi yang aku mahu. Tetapi, mungkin bagi penggemar Rambo, menyaksikan perjalanan akhir Rambo mungkin satu sebab filem ni harus dilayan.

Rambo: Last Blood ialah sebuah filem Rambo yang punya plot yang cliché, aksi yang kurang tetapi gorenya sangat padu. Mungkin penggemar Rambo mahu hadir untuk memberikan penghormatan terakhir untuk menonton watak ini buat kali terakhir di pawagam. Mana tahu, lepas korang layan filem ni, mengalir air mata jantan bila tonton babak kredit filem ni.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

10 Fakta Tentang Filem Epik Shah Rukh Khan 'Asoka'

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: Geran (2019)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: Between Two Ferns The Movie (2019)

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

Analisa Dan Huraian Penuh Filem 'Pulang' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]