TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Kadaram Kondan (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Rajesh Silva
Pelakon | Vikram, Akshara Hassan, Abi Hassan

Filem Vikram yang terbaru ni yang diterbitkan oleh Kamal Hassan ni mencetuskan isu beberapa bulan lepas apabila ianya diharamkan tayangannya di Malaysia kerana isunya yang sensitif. Namun, korang sekarang dah boleh stream filem ni di Amazon Prime dan lihat sendiri filem ni wajar atau tidak ianya dibanned oleh kerajaan Malaysia. Renung dan fikirkan selepas menonton ok!

Secara ringkasnya Kadaram Kondan mengisahkan Vasu dan Aathirah yang mana baru memulakan kehidupan diorang di Malaysia. Vasu nak dijadikan cerita terperangkap dalam satu komplot untuk mengeluarkan KK daripada sebuah hospital apabila adik kepada KK menculik Aathirah hanya untuk menyelamatkan abangnya. Vasu kemudiannya menghadapi pelbagai rintangan untuk mencari isterinya dan menyelesaikan masalahnya dengan KK.

Filem Kadaram Kondan ni sebenarnya ialah remake kepada filem 2017 daripada Perancis yang bertajuk Point Black. Untuk info korang, Netflix juga telah mengadaptasi filem yang sama dengan tajuk yang sama untuk versi Hollywood. Negara Korea juga turut mengadaptasi filem ini. Jadi, sehebat mana versi Tamil jika dibandingkan dengan versi asal?

Nah, Kadaram Kondan boleh dikatakan filem yang korang boleh tonton kalau korang rasa remake versi Netflix kurang dari sudut emosi. Sebagai filem Tamil, memang filem diorang tak lekang dari memaparkan elemen emosi sampai basah tisu dengan air mata. Jadi, Kadaram Kondan ialah versi Point Blank yang cukup memenuhi tuntutan tu kalau korang nak emosi yang extra.

Dari segi penceritaan, walaupun filem ni ialah remake, ianya hanya meniru fasa pertama filem sahaja. Memang watak dan semua permulaannya hampir sama. Tetapi, di fasa dua, korang akan dapat sesuatu yang baru. Malah, twistnya juga adalah berbeza dengan versi asal. Dan ianya adalah satu cara untuk menarik penonton dengan cukup baik.

Disebabkan filem ni menjalani penggambaran 100% di Malaysia, memang ianya menjadi keinginanlah sebagai rakyat Malaysia untuk menonton. Tapi, sayangnya paparan tentang kepolisan dalam filem ni memang sangat sensitif dan mungkin akan buat sesetengah penonton rasa panas punggung. Tapi, bagi sesetengah orang, seperti aku, aku prefer filem ni lebih kepada popcorn entertainment dan tak lebih dari tu.

Apa yang aku salute pada filem ni ialah bagaimana pihak produksi membuat set filem yang memang cukup menarik untuk disaksikan. Set dalam KLCC dan juga Balai Polis Sentul yang memang fiksyen tu digambarkan dengan cukup baik dengan kesan khas CGI untuk latarnya yang sederhana. Tetapi, tetap cukup menarik.

Aksi filem ni memang padu. Adegan kejar mengejar dan aksi kereta polis hancur memang terbaiklah. Malah, aksi fighting dan juga lagak gaya KK lakonan Vikram berjaya membuatkan aku rasa filem ni ialah remake terbaik untuk naskah Point Blank. Dengan stail dan juga editing gaya Tamil, filem ni menyuntik thrillernya dengan gaya tersendiri.

Yup, pada aku, filem ni memang wajar dibanned untuk tayangan umum. Tapi, bagi yang bersedia untuk menonton, kena open sikit sebab isu filem ni memang agak sensitif. Tindakan kerajaan banned filem ni dah cukup baik, tapi kalau nak layan, layan sahaja melalui laman penstriman.

Aksi padat, cemas dan penuh emosi. Kadaram Konda nada semua pakej masala untuk sebuah adaptasi naskah luar. Jadi, kalau korang rasa remake versi Netflix mengecewakan, aku rasa versi Tamil ni memang naskah yang wajar korang layan. Mana tahu, in the end, sekotak tisu kau habiskan untuk menghadapi perjalanan kisah pasangan Aathirah dan Vasu dalam filem ni.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Ulasan Filem: Geran (2019)

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Lagu Tema Ejen Ali The Movie 'Bukalah Matamu' Ciplak Muzik Luar?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Huraian Babak Post-Kredit Filem 'Geran' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Membedah 5 Lagu Dari Filem 'Hantu Kak Limah' [SPOILER ALERT]