Ulasan Filem: Game Over (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Ashwin Saravanan
Pelakon | Taapse Pannu, Vinodhini

Filem horror thriller terbaru lakonan Taapse Pannu ni memang nampaknya punya plot yang menarik. Tetapi pada aku, ianya masih lagi ‘pucuk muda’ yang masih lagi perlu banyak pembaikan. Mungkin filem ni sudah melakar hasilnya, tetapi mungkin di masa hadapan, pembikin filem boleh gunakan Game Over untuk membikin landasan kualiti yang lebih baik.

Baiklah, secara ringkasnya, filem Game Over mengisahkan Swapna, seorang game designer yang mana menghidap sejenis tekanan jiwa yang dikenali sebagai ‘anniversary reaction’. Dia ada kisah silam yang membuat dia trauma, iaitu pernah dirogol pada malam tahun baru! Oleh itu, dia tinggal bersama dengan pembantu rumahnya, Kalamma.

Sebab nak buang stress dan tekanan, dia buat satu tatu kat lengannya. One day, Swapna dapati tatu di tangannya membuatkan lengannya rasa sakit. Paling mengejutkan, tatu kat lengannya yang hanya ada satu, kini menjadi tiga. Akhirnya, Swapna tahu bahawa dia ada tiga nyawa yang perlu digunakan sebaiknya untuk menumpaskan trauma yang ada di dalam diri.

Filem ini boleh dikatakan hampir sama dengan filem Happy Death Day dari segi konsep. Ianya menggunakan elemen time loop. Tetapi, untuk menjadikan filem ni meriah dengan babak-babak berulang, ianya masih kurang menyengat. Sayang sungguh elemen time loop hanya digunakan pada masa hampir 40 minit ke penghujung filem.

Separuh masa pertama filem digunakan untuk menanam misteri. Tetapi, sayangnya, pencarian di sebalik kesakitan dan tatunya kelihatan agak mendatar dan agak membosankan. Ianya agak kurang menarik pada aku kerana plot yang simple sengaja dipanjangkan tanpa sebab yang tak relevan.

Aku lebih mengharapkan elemen time loop ala-ala Happy Death Day ni digunakan bermula dari awal. Malah, jika itu yang dibuat, ianya lebih menangkap untuk penonton menghayati perjalanan watak Swapna dalam usahanya untuk menawan ketakutannya. Sayangnya, apa yang ada hanyalah sebuah filem yang mana dibahagi dua. Separuh untuk filem biasa, separuh lagi untuk elemen time loop.

Namun begitu, filem ni memang agak menggerunkan kalau korang tak suka elemen kekejaman. Pembunuhan dan juga paparan kekejaman suspek yang sentiasa membakar manusia selepas memenggal kepala dipaparkan dengan visual yang cukup baik dan berjaya untuk memberikan rasa geli dan mual.

Aspek sinematografi dan kerja kamera memuaskan. Boleh dikatakan filem ni cukup baik untuk paparan visualnya. Malah, elemen lagu dan juga babak ngeri dibuat dengan cukup cantik untuk membina emosi dan juga rasa kepada penonton.

Lakonan Taapse Pannu sebagai Swapna pada aku agak sederhana. Walaupun ada rasa simpati kepada watak Swapna, aku gagal untuk melihat wataknya sebagai seorang game designer. Agak menjadi tanda tanya, kenapa Swapna tidak dipaparkan melakukan tugasnya sebagai game designer tetapi hanya tahu bermain Pacman sepanjang masa.

Honestly, Game Over ialah filem time loop separuh masak. Elemen time loopnya adalah suatu percubaan yang wajar dipuji. Tetapi, untuk keseluruhan filem, ianya masih tak mampu untuk membawa kekuatan yang baik. Mungkin jika time loopnya bermula lebih awal, filem ni nampak lebih segar daripada apa yang kita tonton.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan