TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Fly By Night (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Zahir Omar
Pelakon | Sunny Pang, Eric Chen, Bront Palarae

Fly By Night ialah satu naskah yang memang mempunyai seni. Ianya memang sebuah filem yang jarang-jarang ada dalam dunia sinema Malaysia. Macam One Two Jaga, sesuatu yang rare dan mungkin melawan arus dalam usaha menjual filem, macam tulah Fly By Night. Namun, pada aku, Fly By Night adalah sesuatu yang boleh dikatakan cukup baik garapannya.

Agak rare apabila pengarah filem Melayu menggunakan watak Chinese untuk melakar cerita filem ni. Ada watak Melayu beberapa kerat sahaja dan tidaklah menjadikannya sebagai filem Melayu, tetapi sebuah filem Malaysia dengan rempah rasa yang tersendiri.

Kisah Fly By Night berkisar tentang sindiket teksi yang memeras ugut para penumpangnya selepas menghantar penumpang. Sindiket ini yang diketuai Tailo berhadapan dengan seorang inspektor polis yang sedang cuba untuk menyiasat beberapa kes peras ugut melibatkan pengguna teksi di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Untuk yang belum menonton, Fly By Night mungkin ibarat sebuah filem yang agak slow, dan tidak semua mampu menghadapi dramanya yang perlahan. Jika korang biasa dengan karya seperti One Two Jaga, korang mungkin boleh berikan Fly By Night satu tontonan untuk merasai jiwa filem yang memenangi anugerah sebegini.

Juju raku cakap, filem ni memang bukan untuk penggemar filem yang dibikin untuk komersil. Filem ni mempunyai banyak cabang tersirat dan memerlukan otak untuk korang berfikir. Setiap dialog dan juga perjalanan watak dibina dengan baik dan membuatkan filem ini diisi dengan lakonan yang mantap dan memuaskan.

Agak menarik untuk melihat pelakon hebat seperti Sunny Pang yang mana sebelum ini pernah terlibat dalam filem pelbagai negara. Lakonannya cukup untuk memberikan Fly By Night satu standard yang lain dari yang lain.

Lakonan Bront Palarae pula memang boleh dipuji. Namun begitu, Bront Palarae tidak seperti memberikan penampilan yang luar dari biasa. Kita seakan melihat wataknya seperti mana lakonannya dalam filem-filem lain. Tiada perubahan dari segi lakonannya dan hanya menjadi dirinya seperti yang kita kenali.

Secara tersiratnya, Fly By Night bijak untuk tackle worst case scenario jika korang menggunakan teksi. Subjek teksi yang menggunakan pelanggannya untuk memeras ugut ni agak berani dan memang memberi kesedaran kepada penonton supaya lebih berhati-hati dengan tindakan yang dilakukan jika memilih untuk menggunakan teksi.

Aku menyukai elemen ganas yang diselitkan dalam filem ni. Ianya memberikan rasa yang cukup lain macam untuk sebuah filem yang dilahirkan di Malaysia. Dan bagaimana paparan watak yang memang berlainan bangsa cukup untuk memberikan Fly By Night satu kesan yang lain daripada filem yang korang pernah tonton.

Fly By Night wajar ditonton kalau korang menggemari filem yang memaparkan isu yang cukup lain dari yang lain. Namun, korang yang sukakan filem yang fast paced mungkin harus abaikan filem ni kerana perjalanan wataknya yang agak perlahan. Tetapi, filem ni filem berkualiti tau. Apa kata korang kasi satu kali can untuk melihat apa itu filem yang berseni.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

10 Fakta Tentang Filem Epik Shah Rukh Khan 'Asoka'

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: Geran (2019)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: Between Two Ferns The Movie (2019)

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

Analisa Dan Huraian Penuh Filem 'Pulang' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]