Sony Tawarkan Perjanjian 30% Bagi Disney Untuk Watak Spider-man dan Venom Dalam MCU

Beberapa minggu lepas, para peminat watak Spider-man begitu gelisah apabila watak Spider-man diumumkan bakal menamatkan kemunculannya dalam dunia MCU. Semuanya gara-gara perjanjian Sony-Marvel yang akhirnya menemui jalan buntu. Namun, menurut laman Wegotthiscovered.com, percubaan untuk kembali sepakat masih belum berhenti. 


Terbaru, laman tersebut melaporkan bahawa Sony masih lagi cuba untuk berbincang dengan Disney/Marvel. Dikhabarkan, Sony memberi kebenaran untuk berkongsi 30% keuntungan untuk watak Spider-man. Malah, perjanjian terbaru ini juga turut membenarkan watak Venom untuk masuk ke dalam dunia MCU!

Namun, buat masa ini, tidak pasti sama ada Disney akan menerima perjanjian baru ini. Jika perjanjian baru ini diterima Disney, maka mungkin ini ialah langkah baru untuk Disney menggunakan Spider-man dan Venom dalam dunia MCU di fasa filem mereka yang akan datang. 

Kita semua tahu, Tom Holland masih mahu untuk melakonkan watak Spider-man, dan sememangnya itulah harapan para peminat semua supaya Spider-man masih tidak hilang dari dunia MCU setelah pertamakalinya wujud dalam dunia MCU melalui Captain America: Civil War. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan