TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Paramount Nak Reboot Filem 'Face/Off' Untuk Generasi Baru


Filem yang menggandingkan John Travolta dan juga Nicholas Cage, Face/Off yang diterbitkan pada tahun 1997 bakal mendapat reboot daripada penerbitnya, Paramount Pictures. Perkara ini dilaporkan oleh Deadline yang mana menyatakan bahawa filem ini bakal menggandingkan pelakon baru yang bakal menggantikan dua lagenda berkenaan.


Filem terbitan tahun 1997 arahan John Woo itu pernah mengutip kutipan sebanyak USD245 juta untuk kutipan seluruh dunia. Tidak hairanlah studio penerbitannya mahu mengulangi kisah filem tersebut selepas hampir 20 tahun filem asal diterbitkan. Mungkin mereka berhadap bahawa idea filem tersebut masih segar untuk generasi baru.

Face/Off mengisahkan seorang ejen FBI, Sean Archer (John Travolta) yang cuba untuk menangkap Castor Troy (Nicholas Cage). Untuk menyeludup masuk ke kumpulan Troy, Archer menukarkan wajahnya kepada wajah Troy semasa Troy masih dalam tahanan. Namun, semuanya berubah apabila Troy pula menukar wajahnya kepada wajah Archer.

Untuk versi baru, Oren Uziel bakal menulis lakonlayar, Neal Moritz bakal menerbitkannya manakala David Permut bakal menjadi penerbit eksekutif. Buat masa ini, tiada pelakon dipilih untuk memegang dua watak epik berkenaan. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Raja Ilya Dedah Sebab Sebenar Dia Tolak Tawaran Berlakon Filem Marvel

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

Marina Mahathir Anggap Filem 'Mahathir: The Journey' Memalukan Keluarga

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Dendam Pontianak (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: Drive (2019)

'No Time To Die' Jadi Filem Terakhir Daniel Craig Sebagai James Bond

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]