Iko Uwais Bakal Sertai Filem Spin-off G.I Joe 'Snake Eye' Sebagai Hard Master


Filem spin-off untuk francais G.I Joe terbaru, Snake Eyes kini sudah menjumpai pelakon baru yang bakal menyertai pelakon filem berkenaan. The Hollywood Reporter melaporkan bahawa pelakon aksi yang terbaru muncul dengan Wu Assassins di saluran penstriman Netflix kini bakal dirisik untuk memegang watak Hard Master dalam filem berkenaan. 


Snake Eyes bakal diarahkan oleh Robert Schwentke dan bakal ditulis lakonlayarnya oleh Evan Spilotopoulos. Malah, pelakon dari Malaysia, Henry Golding dikhabarkan bakal melakonkan watak misteri yang masih lagi disembunyikan. 

Watak Hard Master ialah watak yang bakal melatih Snake Eyes dan merupakan ketua kepada puak ninja Arashikage. Hard Master bukan sahaja melatih Snake Eyes tetapi juga melatih musuh yang merangkap saudara Snake Eyes sendiri, Storm Shadow. Di dalam filem terbaru ini, Storm Shadow bakal dilakonkan oleh Andrew Koji. 

Pemilihan pelakon seni bela diri dari Indonesia ini seakan satu tarikan baru untuk menarik penonton Asia untuk ke pawagam. Terbaru, Iko Uwais muncul dalam filem Stuber! Dan dengan watak dalam Snake Eyes, Iko Uwais bakal melebarkan sayapnya lebih jauh lagi di persada Hollywood.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan