Dwayne Johnson Serang Tyrese Gibson Gara-gara Kutipan 'Hobbs & Shaw'


Semua orang tahu, semenjak 2016 lagi, pelakon Tyrese Gibson dan Dwayne Johnson tidak sebulu. Semuanya bermula selepas Dwayne Johnson memilih untuk menerima filem Hobbs & Shaw yang merupakan filem spin-off fi dalam siri Fast & Furious dan mengabaikan pelakon asal filem berkenaan yang diibaratkan sebagai keluarga.


Tyrese Gibson tidak berpuas hati dengan Dwayne Johnson kerana Hobbs & Shaw menyebabkan filem Fast & Furious 9 ditunda setahun. Pertengkaran mereka berdua juga pernah mendapat reaksi pelakon Vin Diesel walaupun pelakon tersebut tidak memilih untuk masuk campur dalam pertengkaran berkenaan

Dalam post terbaru Dwayne Johnson di Instagram, Dwayne Johnson mengumumkan kutipan filem berkenaan mencecah USD700 juta. Mungkin tidak ada apa yang menarik berkenaan post ni. Tetapi, jika dilihat teliti, pelakon itu menggunakan hashtag #nocandyass di bawah post berkenaan.


Jika korang mengikuti perbalahan di media sosial antara dua pelakon ni, para peminat menggelarkan perbalahan ini sebagai Candy Ass Feud. Terdahulu, Tyrese Gibson pernah memerli filem Hobbs & Shaw kerana tayangan pembukaan filem berkenaan ialah yang terendah dalam francais filem Fast & Furious. Namun, semuanya berubah apabila kini, filem Hobbs & Shaw menjadi filem bukan superhero paling tinggi kutipan bagi tahun 2019.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan