Denzel Washington Bakal Mainkan Watak Magneto Versi MCU


Dengan francais X-Men kembali kepada Disney/Marvel selepas beberapa lama berada dalam genggaman 20th Century Fox, para peminat berharap watak mutan dalam francais berkenaan bertemu dalam filem MCU dalam masa terdekat. Namun, buat masa ini, tiada lagi filem X-Men diumumkan, tetapi semestinya Marvel sedang merancang untuk francais berkenaan di masa hadapan.


Berita pelik yang mungkin hanya khabar angin ini dari Wegotthiscovered.com mendedahkan bahawa Marvel mahu mencari kelainan untuk watak Magneto. Dua pelakon Magneto sebelum ini ialah pelakon berkulit putih. Dan kali ini, Marvel mahu mencari pelakon berkulit hitam untuk memegang watak tersebut.

Dari sumber itu juga, dilaporkan bahawa Denzel Washington ialah antara pelakon yang berada dalam senarai pelakon yang bakal memegang watak Magneto. Namun, buat masa ini, berita ini mungkin boleh diambil ringan sahaja dan hanya sekadar perbincangan kedai kopi. 

Kalau benar Denzel Washington jadi Magneto, memang unik habislah filem X-Men dalam dunia MCU nanti. Tapi, adakah para peminat setia X-Men bersetuju dengan pemilihan pelakon ini, semuanya terserah kepada anda. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan