Daniel Radcliffe Berminat Nak Join Francais Filem 'Fast & Furious'


Pelakon filem Harry Potter, Daniel Radcliffe mencetuskan reaksi peminat di laman sosial apabila menyebut keinginannya untuk terlibat dalam filem Fast and Furious di masa hadapan. Namun, dalam sebuah interview dengan MTV News itu, dia menyatakan bahawa dia tidak mahu watak yang memerlukannya memandu kereta. 


Bercakap sempena filem barunya, Guns Akimbo yang ditayangkan buat pertamakalinya di Toronto International Film Festival, dia mahukan watak yang hanya memerlukannya berada di pejabat ataupun sekadar membantu watak lain menjalankan tugas dari jauh.

Daniel Radcliffe sememangnya tidak asing lagi dengan filem aksi dalam filem Harry Potternya. Sudah pasti, kita takkan dapat menonton kemunculan pelakon itu dalam Fast & Furious 9. Tapi, mana tahu di masa hadapan, pelakon itu akan muncul dalam francais Hobbs and Shaw ataupun francais utama.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan