Aziz M. Osman Bakal Bikin Filem Terbaru Melibatkan Senario


Sudah lama kita tidak mendengar filem terbaru melibatkan pelawak Senario. Filem terakhir Senario, Ops Pocot arahan Ismail Bob Hashim hanya berjaya mengutip kutipan RM1 juta sahaja sekaligus menamatkan zaman era pelakon kumpulan Senario. Pelakon kumpulan Senario mula menerbitkan filem pertamanya, Senario The Movie bermula tahun 1999 dan kutipan filem berkenaan mencecah RM5 juta.


Selepas era filem Senario arahan Aziz M Osman, kejatuhan filem Senario dapat dilihat. Kini, akhirnya, pengarah Aziz M Osman memilih untuk mengarahkan filem tebaru Senario yang buat masa ini diberi tajuk Ada Lagi Senario. Buat masa ini, di laman Twitter, Aziz M Osman menyatakan bahawa Ada Lagi Senario masih di awal fasa perancangan.
Aziz M Osman juga menyatakan bahawa skrip filem berkenaan juga sedang dimulakan. Screenshot draf pertama juga turut dikongsi di laman Twitter pengarah filem XX-Ray berkenaan. 

Kitorang harapkan bahawa filem Senario terbaru ni bakal menampilkan lakonan mantap yang lebih hebat dari filem Senario arahan Ahmad Idham. Semoga filem Senario terbaru ini dapat dihasilkan dengan jayanya dan bakal mengutip kutipan yang cemerlang.  


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan