Wesley Snipes Akan Lakonkan Watak Antagonis Dalam 'Blade' Versi MCU?

Pengumuman reboot filem Blade pada San Diego Comic Con baru-baru ini semestinya menimbulkan rasa teruja di kalangan penggemar filem berkenaan. Blade, yang sebelum ini dilakonkan oleh Wesley Snipes kini bakal menyerahkan tugasnya kepada Mahershala Ali yang bakal membawakan watak itu dalam filem reboot berkenaan.


Ramai peminat yang mengharapkan pelakon Wesley Snipes akan terlibat dalam filem berkenaan. Jangan bimbang, khabar dari laman Youtube Lords of the Long Box mendedahkan bahawa sumber dalaman Marvel menyatakan bahawa Wesley Snipes akan turut terlibat dalam filem berkenaan. Wesley Snipes dikatakan akan melakonkan watak Dracula, antagonis kepada Blade.

Khabar angin ini mungkin menggembirakan penonton. Sebelum ini, Wesley Snipes mendedahkan bahawa dia pernah mengadakan perbincangan dengan Marvel Studios. Dan dengan watak ini, Wesley Snipes mungkin dapat muncul dalam filem berkenaan untuk satu filem sahaja. 

Banyak spekulasi yang berlegar sekarang. Blade 5 masih belum menjalani penggambaran kerana ianya akan dimasukkan dalam MCU Phase 5 yang akan datang. Namun, jika berita ini benar, sudah pasti kita berasa teruja melihat pelakon Blade lama bersatu dengan pelakon baru dalam satu filem.

Blade versi MCU mungkin akan berada di pawagam sekitar 2022. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan