Watak Han Mungkin Akan Muncul Semula Dalam Filem 'Fast & Furious 9'?


Peminat Fast & Furious sememangnya rata-rata tidak berpuas hati apabila watak Han dibunuh di akhir filem Fast & Furious: Tokyo Drift dan akhirnya memperkenalkan watak Shaw. Han ialah antara watak yang menjadi kekuatan dan kegemaran penonton filem aksi lumba kereta berkenaan. Semenjak kemunculan spin-off Hobbs & Shaw, rata-rata mengharapkan Han muncul kembali.


Jangan risau, Han mungkin boleh muncul kembali dalam filem Fast & Furious akan datang. Elemen watak yang mati dan muncul kembali bukanlah perkara asing dalam filem Fast & Furious. Watak Letty lakonan Michelle Rodriguez yang disangka mati dalam Fast & Furious 4 muncul semula dalam filem Fast 5!

Sumber info, Wegotthiscovered.com mendedahkan bahawa watak Han turut akan dihidupkan semula di dalam filem Fast & Furious akan datang. Namun, tidaklah diketahui bagaimana dan bila watak tersebut akan dihidupkan. Apa yang pasti, menghidupkan Han semestinya akan memberi impak kepada dua filem terakhir Fast & Furious yang bakal terbit.

Adakah Han akan turut serta dalam filem Fast & Furious 9 nanti? Semuanya hanya sekadar kemungkinan buat masa ini. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan