TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Till Death (Azalea's Wrath) a.k.a Dendam Azalea (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Syed Hussein
Pelakon | Vanidah Imran, Khir Rahman, Namron, Kodi Rasheed

Tipulah kalau aku tak bangga apabila mendengar filem Till Death (Azalea’s Wrath) ni bakal menjadi filem pertama Malaysia yang ditayangkan secara ekslusif. Walaupun sedikit kecewa apabila tiada logo N di hadapan pembukaan filem ni, aku rasa bolehlah aku ketepikan isu kecil ni kerana filem ni bakal disaksikan penonton seluruh dunia yang melanggan saluran penstriman itu.

Filem Till Death (Azalea’s Wrath) atau dikenali juga sebagai Dendam Azalea ini menyajikan sebuah kisah bergenre seram thriller. Selain itu, filem ni turut dibarisi pelakon hebat seperti Nam Ron, Vanida Imran dan juga Khir Rahman. Semua barisan pelakon cukup padu, tapi adakah filem ni memang terbaik?

Secara ringkasnya, Dendam Azalea mengisahkan sepasang suami isteri yang baru kehilangan anak dek keguguran. Ingin membina hidup baru dan tak nak fikir hal lama, diorang pun berjumpa dengan sebuah rumah cantik setelah mereka mengambil anak angkat bernama Amar. Si isteri mula mengalami gangguan dan banyak misteri bakal diselongkar.

Pada aku, filem ni memang satu filem kebanggaan apabila ianya ditayangkan di saluran Netflix. Tapi, sayangnya, Dendam Azalea seakan-akan tidak mampu untuk jadi filem yang baik. Banyak perkara dan aspek filem ni yang agak lemah dan seakan-akan cuba untuk menjadikannya baik, tetapi tersungkur.

Penceritaan filem ni agak dragging di fasa pertama. Sejam pertama, kita disongokkan dengan watak Su lakonan Vanida Imran yang mana rapat dengan Amar dan hubungannya dengan suami. Pada masa yang sama, kisah subplot penting pasal sepasang perompak turut masuk. Tetapi, penuh dengan babak yang membosankan dan tak cukup baik.

Elemen jumpscare filem ni kosong. Ada beberapa babak yang cuba untuk mencipta jumpscare. Tetapi, semuanya predictable dan tidak hebat mana. Babak-babak seram filem ni tidak dicipta untuk memberi keseraman. Ianya seakan-akan dicipta untuk cukup makan dan menjadikan filem ni filem seram. Tu je!

Tambah menerukkan, dialog filem ni memang agak too natural. Tak ada dialog yang memorable dan juga menjadi backup kepada keburukan filem ni. Memang some of the dialog macam entah pape dan kononnya nak act natural, tapi memang tak jadi. Kebanyakan dialog agak mendatar dan gagal menambah rencah emosi filem ni.

Mungkin aku rasakan secara peribadi bahawa inilah lakonan terburuk Khir Rahman. Lakonannya macam tak masuk, no emotion dan gagal! Vanida Imran masih lagi acceptable dan punya roh yang baik dalam lakonannya. Nam Ron memang terbaik dan punya aura yang membantu filem ni untuk menjadi paling buruk.

Ending filem ni pula seakan-akan rushing gila. Nampak seperti semua plottwist nak disumbatkan dalam second half dan padatkan di bahagian akhir, tetapi first half filem dibiarkan dengan babak-babak yang membosankan.

Buruk, eh taklah. Bukan buruk mana Dendam Azalea. Cuma aku rasa, untuk filem di Netflix, One Two Jaga lebih elok dari filem Dendam Azalea kalau nak lihat dari aspek persembahannya. Dendam Azalea seakan-akan punya cerita yang baik, tetapi sayangnya, penceritaan dari kertas ke layar seakan-akan kurang menjadi.

Mungkin korang bolehlah jenguk Dendam Azalea kerana adanya Vanida Imran yang lama dah tak berlakon watak utama. Mungkin juga korang layan sebab adanya Nam Ron. Namun, kalau korang nak layan sebab nak rasa elemen seram, filem ni takde semua tu. Elemen seramnya suam suam je, thrillernya pun sama.

Honestly, dari satu sisi, Dendam Azalea ni mungkin satu batu loncatan kepada filem-filem Netflix dari Malaysia di masa hadapan. Cuma aku berharap, jika ada idea yang bagus, baiklah bentangkannya dengan baik. Dunia menonton kot. Tu je. Layanlah jika ada masa.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Lagu Tema Ejen Ali The Movie 'Bukalah Matamu' Ciplak Muzik Luar?

Ulasan Filem: Geran (2019)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Membedah 5 Lagu Dari Filem 'Hantu Kak Limah' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Post-Kredit Filem 'Geran' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Between Two Ferns The Movie (2019)