Ulasan Filem: The Son (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Sebastian Schindel
Pelakon | Joaquín Furriel, Martina Gusman, Luciano Cáceres

Netflix baru-baru ini telah menerbitkan sebuah filem misteri thriller daripada Agentina. Filem misteri ini yang berkisar tentang seorang bapa yang percaya anaknya bukanlah anaknya. Eh, macam mana tu? Nah, korang kenalah tonton filem ni sampai habis. Tapi, best ke tak filem ni? Hah, inilah yang aku nak ulas kali ini.

The Son yang berasal dari Argentina ini ialah sebuah filem arahan Sebastian Schindel. File mini mengisahkan seorang pelukis yang mana isterinya sedang mengandung. Namun, setelah isterinya melahirkan anak, Lorenzo tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anaknya dengan pelbagai alasan. Lorenzo cuba sedaya upaya. Tapi, satu masa, ketika Lorenzo dibenarkan berjumpa dengan anaknya, dia percaya, itu bukan anak sebenarnya.

Honestly, filem ni memang nampak baik dan menarik pada sinopsis. Bila tengok kisah pasal siapa sebenarnya anak Lorenzo, nampak begitu penuh dengan misteri. Tetapi, jangan harap filem ni untuk penonton yang mahukan thriller yang straightforward. Kalau kau seorang penggemar thriller biasa, The Son bakal buat kau pening kepala.

Binaan plot filem The Son sengaja dikecamukkan. Kita akan menonton dua timeline yang berjalan serentak tetapi memberi naratif yang saling berkaitan. Aku tidak ada masalah untuk menghadam dua timeline ini yang berselang seli kerana kita dapat menentukan setiap timeline dengan perbezaan ketara pada wajah Lorenzo.

Namun, aku mempunyai masalah untuk ending filem ni yang memang meehhhhh. Terlalu mengharapkan penonton untuk buat andaian tersendiri, tetapi open endingnya agak besar dan sukar untuk dicapai akal. Open ending untuk filem ni juga menjadikan misteri filem ni kekal misteri dan menjadikan otak aku serabut nak menghadam balik key point untuk menjawab ending filem ni.

Ending filem ni seakan gagal untuk menyempurnakan keseluruhan filem. Seakan-akan perlukan sesuatu ending yang lebih jelas supaya misteri filem ni lebih menjangkau imaginasi penonton. Senang cakap, aku tak sukalah dengan ending filem ni.

Namun, di satu sisi, The Son mungkin menampilkan lakonan cemerlang dari Juaquin Furriel. FIlem ni yang memang memfokus kepada watak Lorenzo lakonannya berjaya untuk memancing emosi penonton untuk merasai jiwa seorang bapa. Malah, di satu sisi, kita akan rasa was-was siapakah yang benar dan siapakah yang salah dalam filem ni.

Pada aku, aku lebih sarankan untuk korang skip je filem ni kalau ada banyak lagi filem lain di Netflix yang korang boleh tonton. The Son bukan sebuah filem thriller mainstream yang korang boleh layan dan selesai macam tu je. Banyak perkara dalam filem ni seakan-akan menyerahkan kepada penonton untuk berfikir.

Kalau korang malas berfikir, maka ending filem ni memang buatkan kau marah. Senang cerita, skip je. Batalkan niat nak tonton kalau tak nak bazir waktu. Sekian.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan