Ulasan Filem: Sextuplets (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Michael Tiddes
Pelakon | Marlon Wayans, Bresha Webb, Michael Ian Black

Selepas hadir dengan filem Naked beberapa tahun lepas di Netflix, pelakon yang dulu terkenal dengan Scary Movie ni buat hal lagi. Kali ni, dia tampilkan sebuah filem yang menampilkan dirinya berlakon enam watak kembar dengan pelbagai karakter. Pada awalnya, idea ni nampak macam rempah komedi yang cukup layak ditonton, tapi, akhirnya…

Sextuplets ialah sebuah filem yang diarahkan oleh pengarah yang sama mengarahkan Naked. Kira kautim habislah pengarah ni dengan Marlon Wayans. Menampilkan kisah kembar enam atau dikenali sebagai sextuplets, filem ini menampilkan komedi gaya Wayans yang memang selalu kita tonton, jika korang penah layan filem lakonannya.

Sayangnya, agak janggal apabila sebuah filem komedi gagal untuk memberikan komedi. Itulah masalah Sextuplets. Sepanjang filem berdurasi 1 jam 30 minit, filem ni gagal untuk membuatkan aku ketawa langsung. Tiada momen yang cukup padu untuk mencipta jenaka dan menjadikan filem ni penuh dengan ketawa yang menghiburkan.

Secara ringkasnya, Sextuplets menampilkan kisah Alan yang cuba mencari kembar-kembar enamnya setelah mendapati bahawa dia mempunyai saudara. Dalam satu pengembaraan mencari kembarnya bersama Alan, kembar pertama yang ditemuinya, mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang melucukan, tapi, ermmm.. takdelah lucu mana.

Pada satu sisi, filem ni gagal untuk memberikan jenaka. Jika filem komedi gagal untuk memberikan komedi, maka filem tu memang gagal capai objektiflah. Dan itulah masalah besar filem ni. Kau tonton filem untuk gelak, tapi apa yang kau dapat hanyalah melihat Marlon Wayans berlakon banyak watak.

Aku takde masalah besar dengan perkara lain. Plotnya walaupun agak merepek dan penuh dengan plothole dan penceritaan watak yang agak lemah, aku masih boleh layan. Banyak babak-babak yang unpredictable tetapi bolehlah dilayan. Ada juga sedikit keterujaan menantikan kemunculan pelbagai watak Wayans dan itulah hiburan filem ni, tanpa komedi.

Dari segi lakonan Marlon, memang kau tak perlu harap banyak. Pelakon ni, seperti filem-filem biasanya hanye menjadi dirinya sendiri. Beberapa babak emosi yang ditampilkan dalam filem ni memang flat giler. Nampak sangat yang Marlon Wayans ni bukan dilahirkan untuk melakonkan watak sedih dan emosi.

Tetapi, memang tabik springlah pada sisi satu lagi sebab Marlon Wayans berjaya melakonkan watak enam kembar dengan cukup baik. Setiap enam watak yang dilakonkan mempunyai ciri-ciri identiti yang tersendiri dan cukup senang dibezakan. Selain berbeza pada rupa, dengan menggunakan teknik make-up dan CGI, lakonan Marlon membantu menaikkan setiap watak.

Pada aku, filem Sextuplets ini ialah sebuah filem komedi yang memang takde komedi. Komedinya memang tenggelam habis, tetapi adalah beberapa perkara lain yang buatkan aku rasa seperti filem ni ada kekuatan tersendiri. Namun, untuk sebuah filem Marlon Wayans, jika kau gagal bikin orang ketawa, maka filem tu gagal. Dan ya, Sextuplets ialah satu kegagalan untuk Marlon!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan