Ulasan Filem: Girls With Balls (2018)


Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Olivier Alfonso
Pelakon | Dany Verissimo-Petit, Guillaume Canet, Manon Azem 

Netflix tampil dengan sebuah lagi filem komedi aksi yang memang agak rare tetapi takdelah rare mana. Filem yang bertajuk Girls With Balls ni kalau dilihat daripada tajuknya sahaja memang cukup melazatkan. Kita mungkin tak dapat nak teka apa yang nak diceritakan, tetapi mungkin kau akan klik play juga untuk layan. Yalah, mana ada girls with balls, kan?

Namun, Girls With Balls ni seakan sebuah filem yang dibikin ibarat tin kosong. Tin tu mungkin cantik, berseri dan berwarna-warni, namun kat dalamnya kosong. Hanya ada angin sahaja. Macam tulah lebih kurang kalau nak cerita pasal filem dari Perancis ni.

Diarahkan oleh Olivier Afonso, Girls With Balls mengisahkan sepasukan team bola tampar yang dalam perjalanan ke satu tempat. Nak ditakdirkan, bas diorang naiki rosak kat middle of nowhere. Dan diorang ni pulak pergi cari pasal kat sebuah bar. Dan apa lagi, geng geng gila kat bar tu pakat nak hunt diorang satu persatu sampai ajal!

Premis filem ni nampak lazat tapi apa yang disajikan agak mengecewakan. Tidaklah sampai filem ni teruk. Tapi, apa yang ada hanyalah sesauatu yang biasa sahaja dengan karakter yang agak besar dan unik. Bila selesai tonton, aku harapkan aku menonton satu babak yang kuat untuk karakter yang mana pemain bola tampar.

Seawal masalah bermula di dalam filem ni, watak-watak pasukan bola tampar wanita ini diberi ruang untuk berada dalam kumpulan-kumpulan kecil. Setiap kumpulan kecil ini mempunyai subplot yang tersendiri tentang bagaimana diorang cuba survive pemburu manusia yang nak cari diorang. Tapi, sayangnya, aku boleh katakan bahawa setiap perjalanan kisah ini mendatar.

Babak gore dan violence tidaklah padu mana. Ianya seakan-akan dibikin dengan mixed of body horror dan juga comedy, filem ni seakan-akan kurang seimbang dalam menyampaikan apa yang diorang nak sampaikan. Aku pun tak berapa nak faham, some of the gore elemen macam too much untuk dijadikan komedi, tetapi ada jugalah beberapa aspek yang menjadi.

Aku mengharapkan konklusi yang baik dan bolehlah layan sampai habis filem ni dan dapatkan sesuatu. Tapi sayang, elemen penceritaan filem ni ditutup dengan konklusi yang ringkas dan tidak cukup padu.

Malah, peluang untuk kita saksikan bagaimana pemain bola tampar menerapkan sukan dalam aksi melawan pemburu, seperti yang pernah ditonjolkan filem Thailand, Born To Fight kelihatan mendukacitakan. Kau bikin filem pasal pasukan volleyball, tapi sayangnya, skill volleyball diorang tidak sedikit pun digunakan untuk melawan pemburu.

Satu-satunya perkara yang menarik dalam filem ni pastinya babak pencerita yang memecahkan dimensi keempat filem ni. Elemen tu antara yang menjadikan filem ni unik, tapi sikit pun tak membantu filem ni naik dengan plot yang mendatar.

Overall, Girls With Balls memang nak tunjukkan power wanita. Tapi, sayangnya, ianya hanyalah tentang kuasa wanita dan bukannya kuasa pasukan pemain bola tampar. Plot yang mendatar menjadikan filem ni agak dragging dengan pelbagai elemen pengulangan. Mungkin beberapa elemen komedinya menjadi, tetapi filem ni tetap bukan terbaik.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan