Ulasan Filem: Badla (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Sujoy Gosh
Pelakon | Amitabh Bachchan, Taapsee Pannu

Badla boleh disifatkan sebagai naskah yang cukup kuat dan memang terbaik. Memang tidak dinafikan, karya seperti Badla bukanlah karya yang selalu kita dapat tonton. Badla ni macam sebuah masakan yang memang cukup rasa, ada masam, manis dan semuanya diadun dengan cukup baik dan memuaskan. Apatah lagi, filem ni berjaya memberikan teka teki yang memang menjadi kekuatan filem ni.

Kisah Badla mengisahkan seorang peguam, Badla yang mana mahu mendapatkan keterangan seorang wanita bernama Naina di sebuah apartmen. Perbualan antara Naina dan Badla menjadi inti perjalanan filem ni sambil diselang selikan dengan flashback kejadian yang membawa kepada kes mahkamah. Dan sepanjang perbualan, misteri siapa pesalah perlahan-lahan dirungkai.

Menonton filem ni di Netflix membuatkan aku sentiasa berteka teki tentang apa yang berlaku. Kita dibawa untuk bermain dengan kebenaran dan perangkap antara percaya dan tidak. Semua yang ada di dalam filem ni ialah sebuah perkara yang mana sahihnya hanya dapat diselesaikan pada akhir filem saja!

Filem arahan Sujoy Ghosh ini ialah adaptasi rasmi daripada filem The Invisible Guest yang diterbitkan pada tahun 2017. Buat masa ini, Badla ialah remake pertama untuk naskah ini. Pada Ogos 2019, remake untuk versi Tamil turut diterbitkan dengan menampilkan plot dan konsep yang lebih kurang sama.

Walaupun Badla ialah sebuah filem remake, filem ni berjaya untuk berdiri dengan kekuatannya yang tersendiri. Elemen Bollywoodnya menjauhkannya daripada filem original dan berjaya memberi nafas baru dalam filem Bollywood ini. Percayalah, menonton The Invisible Guest dan Badla akan memberikan rasa yang berbeza walaupun penceritaannya sama.

Berbekalkan kekuatan gandingan Amitabh Bachchan dan Taapsee Pannu, filem ni berjaya memberikan penonton debaran demi debaran sepanjang babak filem. Kisah Badla mungkin mempunyai plot yang ringkas, tetapi flashbacknya penuh liku dan membuatkan para penonton berusaha untuk mencantumkan kesemua puzzle yang diberikan.

Disebabkan filem ni menekankan perbualan antara Naina dan Badla, memang dialog yang diberikan berjaya untuk membuatkan penonton sentiasa mendengar dan menyelidik tentang apa yang sedang terjadi. Dialog yang kuat menjadikan filem ni tidak membosankan dan membuatkan penonton tertunggu-tunggu kesudahannya.

Malah, Amitabh Bachchan turut menampilkan persembahan yang cukup mantap. Boleh kata filem ni memang fokuskan lakonannya yang tidak lekang dek usia. Gayanya dan wataknya masih releven dan menjadikan lakonannya sebagai antara faktor x filem ni. Taapsee Pannu juga menampilkan lakonan mantap dan cukup baik!

Bagi penggemar filem thriller misteri, Badla memang sebuah filem yang direkomendasi. Ini ialah naskah yang cukup baik dan penuh dengan misteri. Dengan twist yang segar dan juga sukar dijangka, Badla menampilkan thriller yang padu dan juga lakonan senior dan junior yang mantap! Great twist, great plot.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan