Paramount Studios Rancang Spin-off Baru Filem 'G.I Joe'


Paramount Studios mengumumkan bahawa filem spin-off watak G.I Joe kini sedang dalam perancangan. Sebelum ini, dua filem G.I Joe, The Rise of The Cobra dan Retaliation gagal untuk memberikan pulangan yang memberansangkan. Nampaknya, Paramount Studios tidak mahu meneruskan perancangan sekuel filem ini.


Tetapi, kelihatan seperti Paramount Studios tidak mahu berganjak dan mahu meneruskan kisah G.I Joe. Sebelum ini, kita mendapat perkhabaran bahawa spin-off watak Snake-Eyes sedang dalam penghasilan

Hollywood Reporter mendedahkan bahawa G.I Joe bakal menerima sebuah lagi filem spin-off. Buat masa ini, filem ini dilaporkan sebagai bukan filem solo tetapi menghimpunkan beberapa watak baru dari permainan terbitan Hasbro itu.

Apapun, buat masa ini, sementara kita menunggu lebih banyak info berkenaan spin-off ini, kita layan dululah spin-off Snake-Eyes yang dijadualkan akan berada di pawagam pada 16 Oktober 2020.






LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan