M. Night Syamalan Dalam Perbincangan Untuk Arahkan Filem MCU

Pengarah filem Sign dan Split kini dikatakan sedang berbincang dengan pihak Marvel Studios untuk memberikan ruang untuk dia mengarahkan satu filem Marvel Cinematic Universe. Perkara ini didedahkan dalam satu temubual seperti didedahkan laman Wegotthiscovered. Pengarah itu menyatakan bahawa perbincangan sudah dilakukan beberapa kali.


Dalam temubual itu juga, pengarah yang mana pernah mengarahkan filem superhero seperti Glass, Split dan Unbreakable itu juga mengagumi apa yang disajikan oleh Marvel Studios. 

Namun, buat masa ini, perbincangan itu mungkin tidak ke mana kerana M. Night Syamalan sendiri pernah menyatakan bahawa gaya pengarahannya mungkin tidak kena dengan genre filem superhero seperti MCU. Ini mungkin dapat dilihat dengan beberapa filem aksi blockbuster arahannya yang gagal seperti The Last Airbender dan juga After Earth.

Jika M. Night Syamalan mahu mengarahkan filem superhero, sama ada DC mahupun MCU, mungkin dia perlu mengubah gaya pengarahannya supaya sesuai dengan kehendak dunia sinematik tersebut. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan