'Hobbs & Shaw' Catat Kutipan Pembukaan Terburuk Francais 'Fast & Furious'

Hobbs and Shaw sudah pun mula ditayangkan di pawagam seluruh dunia. Filem yang merupakan filem sembilan dalam francais Fast and Furious itu mengisahkan dua watak popular dalam siri tersebut, Hobbs dan Shaw yang bersatu untuk menghalang Brixton. Untuk info, Hobbs and Shaw merupakan filem spin-off kedua dalam francais Fast and Furious.



Sayangnya, laporan Box-office Mojo mendedahkan bahawa filem ini mencatatkan kutipan pembukaan terendah di carta domestik Amerika Syarikat. Dalam masa tiga hari pembukaan, filem ini hanya berjaya mengutip USD60.8 juta sahaja. Ini ialah kutipan terendah dalam francais ini yang mana sebelum ini dipegang oleh filem Fast and Furious 4 yang mencatatkan kutipan USD70.9 juta.

Namun, kutipan itu jauh meninggalkan kutipan filem musim panas yang gagal seperti X-men: Dark Phoenix (USD32.8 juta) dan Men in Black: International (USD30 juta). Secara keseluruhannya, Hobbs and Shaw masih menjadi filem musim panas yang berjaya di kalangan filem musim panas tahun 2019.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan