Dwayne Johnson Dedah Watak Keanu Reeves Yang Dirancang Dalam 'Hobbs & Shaw'

Pelakon filem Hobbs and Shaw akhirnya membuka rahsia yang berkisar tentang pelakon Keanu Reeves yang dikatakan bakal cameo dalam filem tersebut. Hobbs and Shaw yang kini sudah ditayangkan nampaknya tidak menampilkan cameo Keanu Reeves yang dicanang, tetapi Dwayne Johnson mengesahkan bahawa Keanu Reeves memang dirancang dibawa ke francais itu.


Di dalam satu temubual melalui talian telefon kepada Screenrant, Dwayne Johnson mendedahkan bahawa Keanu Reeves sepatutnya melakonkan watak pengarah kepada Eteon. Di dalam filem Hobbs and Shaw, pengarah Eteon digambarkan sebagai suara tanpa wajah yang masih lagi misteri.
And then what we also did at the end was we left the ominous voice faceless. So, for some time, I think you guys have heard the rumor that it was going to be a bit of a John Wick, all disguised. But then we left it there [with] a few people in mind. Originally, Keanu was the goal. We were talking, and it just didn’t feel right creatively. ...He and I talked, and I totally got it. And it wound up being the best thing, so now we leave that open for the future.
Sayang sungguh kita tidak dapat melihat Keanu Reeves di dalam filem Hobbs and Shaw. Namun, watak suara misteri Eteon yang mengarahkan Brixton melakukan tugasnya masih belum didedahkan. Ada kemungkinan di masa hadapan, Keanu Reeves boleh menjadi tuan punya suara misteri itu kan? 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan