TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Disney Dilaporkan Minta Sony Kongsi 25% Keuntungan 'Spiderman', Bukan 50%

Disney dilaporkan meminta hanya 25% daripada keuntungan sebarang filem Spider-man di masa hadapan, dan bukannya 50% seperti yang dilaporkan. Perjanjian Sony-Disney yang bermula semenjak 2015 ini sudah bermula semenjak 2015. 


Secara ringkasnya, perjanjian ini menyatakan bahawa Sony akan membiayai semua filem Spider-man manakala Disney menerima keuntungan seperti yang dijanjikan. Dengan perjanjian ini, Marvel Studios juga mendapat kebenaran untuk menggunakan Spider-man untuk MCU.

Berita awal tentang perselisihan Sony dan Marvel ini dilaporkan terjadi kerana Disney mahukan 50% keuntungan daripada filem Spider-man seperti dilaporkan oleh Deadline. Namun kini, The Hollywood Reporter menyatakan bahawa Disney hanya mahukan 30% saja keuntungan. Variety pula mendedahkan bahawa Sony bersetuju jika Disney meminta hanya 25%.

Selepas tiga hari isu ini, terbaru, Deadline mendedahkan yang Disney pada awalnya hanya meminta 25% sahaja keuntungan. Permintaan dari Disney ini sudah diminta agak lama, tetapi Sony tidak mengendahkannya sekaligus mendesak Disney untuk menaikkan permintaan kepada 50%.

Hal ini sekaligus memberi peminat situasi sebenar tentang isu ini. Jelas bahawa kesepakatan tidak dapat dicapai dalam perbincangan antara Sony dan Disney. Padahal, 25% ialah peratus yang mungkin boleh membawa kepada keuntungan kedua-dua pihak. 

Comments

Menarik!

Raja Ilya Dedah Sebab Sebenar Dia Tolak Tawaran Berlakon Filem Marvel

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

Marina Mahathir Anggap Filem 'Mahathir: The Journey' Memalukan Keluarga

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Drive (2019)

Ulasan Filem: Dendam Pontianak (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

'No Time To Die' Jadi Filem Terakhir Daniel Craig Sebagai James Bond

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]